Saturday, May 9, 2009

Pandangan Tentang Diri Sendiri


Apa khabar kepada pengikut blog saya? Kalau ada pengikut. Saya doakan semuanya hebat dan sejahtera.

Ingin melihat dan menilai diri?

Cuba petua ini. Lukis potret diri di kertas A4. Cuba lukis sedaya upaya supaya wajah anda mirip dengan lukisan tersebut. Kemudian, cuba tuliskan diruangan kosong kertas tersebut APA PANDANGAN ANDA TENTANG DIRI ANDA? Tulislah seberapa banyak yang boleh.

Selepas itu, cuba bacakan pada diri. Kalau boleh ada seseorang yang mendengar apa yang anda baca. Kemudian, cuba ingat apa yang pernah dikatakan oleh orang lain tentang diri anda.

Mungkin, ini boleh membantu anda menilai diri.

No comments:

Post a Comment