Saturday, August 29, 2009

Merdeka Sampai Bila-Bila


Pak Boi ucapakan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 52 tahun. Mudah-mudahan kemerdekaan ini akan berkekalan dan kemerdekaan ini merangkumi segala aspek yang kita miliki hari ini. Janganlah ada yang cuba merosakkannya. Kalau dulu kita ada tali barut Jepun dan British... Sekarang pun mungkin masih wujud, tapi dalam bentuk yang berbeza, iaitu sengaja memporak perandakan masyarakat dan negara.

Berjuanglah dengan cara masing-masing. Guru-guru berjuang dengan mendidik anak bangsa menjadi insan yang hebat, doktor berjuang dengan memastikan anak bangsa ini sihat-sihat, saintis berjuang dengan mereka hasil-hasil yang baru untuk bersaing dengan kemajuan negara yang lain, petani berjuang dengan memastikan rakyat masih punyai makanan untuk dimakan, ustaz dan ustazah berjuang dengan memastikan orang Islam masih punyai jati diri Islam dan imannya. Dan, semua orang berjuanglah walaupun senjata tidak terhunus di tangan.

MERDEKA!!!!

Semangat Ramadhan Ke Bulan-bulan Yang Lain


Assalamualaikum,

Pak Boi ucapkan selamat berpuasa dan mudah-mudahan kita bakal menang dalam perjuangan ini. Syukur, kita masih dipilih Allah untuk berada dalam bulan Ramadhan ini. Tahun depan? Entahlah. Harapnya Allah masih mengizinkan untuk kita berada di bulan yang mulia itu.

Bulan Ramadhan ini menyaksikan kitab Al-Quran hampir terkoyak kertasnya akibat selalu dibelek kerana sering dibaca sepanjang bulan ini, masjid dipenuhi ma'mum, sedekah... tak payah diminta, akan dibagi tanpa ragu-ragu, bergaduh??? Tunggu habis Ramadhan akan disambung semula gaduhnya, mengumpat? Sengsara rasanya menahan lidah dan mulut daripada mengumpat, dan lain-lain lagi perbuatan yang mungkin kelihatan dalam bulan ini.

Alangkah baiknya kalau semangat Ramadhan ini berkekalan dan diamalkan di bulan-bulan yang lain. Tidak mengumpat di bulan Rejab, membaca Quran di bulan Syawal, dan lain-lain lagi.

Apa lagi? Yakin jak kau!!! Kita sama-sama laksanakannya.

Takbir!!!

Friday, August 7, 2009

Aiman Johan lagi


Gembira dapat berita bahawa Aiman akan mewakili Bahagian Pantai Barat Selatan Sabah ke Peringkat Negeri dalam Festival Bakat PraSekolah dalam acara Gerak Tari. Siapa Aiman? Anak saya lah.... Dia menang lagi baru-baru ni. Tapi, sayang, saya tak ada di sisinya masa tu. Saya dah di Kuching.

Program Asas Keusahawanan

Saya berada di Kuching untuk mengendalikan kursus keusahawanan kepada Sahabat AIM Peringkat daerah Kuching mulai 7hb Ogos - 9hb Ogos 2009 bertempat di TM Training Centre.