Saturday, December 10, 2011

KURSUS USAHAWAN


Salam pertemuan,

Ketika saya menulis post ini, gerhana bulan sedang berlaku. Subhanallah. Sungguh besar kuasaMu. Ketika ini juga saya sedang mengendalikan Program Latihan Kepimpinan Muda dalam Keusahawanan untuk pelajar-pelajar IKM Kota Kinabalu yang bermula dari 9 - 11 Disember 2011. Ketika ini mereka sedang membuat pembentangan mengenai Kembara Usahawan yang mereka telah lakukan pada petang tadi (2 ptg - 4.00 ptg).

Agak penat sebab belum sempat selesai kepenatan daripada Kinabatangan kerana mengendalikan Program Motivasi Usahawan untuk peniaga-peniaga kecil-kecilan di sana.

RUMUSANNYA:
"Semangat dan pengetahuan memainkan peranan dalam memajukan diri" - Pengetahuan ini bukan bermaksud hanya akademik semata-mata.

Tuesday, November 29, 2011

Penat

Perjalanan ke kilang yang dilawati tadi mengambil masa 2 jam lebih. Sampai di sana, adui na... Kaki sudah lenguh. Kepala sudah sakit.

Tapi, ketika sesi diagnosis process, perasaan menjadi teruja dengan permasalahan yang ditimbulkan. Insya Allah, ada jalannya.


- Posted using BlogPress from my iPad

Kalabakan - Awal Pagi

Jam sekarang dah pukul 6.15 pagi. Tadi dah bangun jam 5 pagi dan alhamdulillah diizinkanNya kita untuk berkomunikasi denganNya di awalpagi ( solat subuh ). Semalam agak sukar nak tidur, biasalah tempat baru. Pagi ni akan ke Kalabakan untuk meneruskan misi syarikat.

Cuma, terfikir tentang anugerah Allah. Aku mensyukuri apa yang diberikanNya kepada ku. Ada yang cuba menceburi bidang ku ini, namun bagi mereka macam sukar. Mungkinkah ianya berkaitan dengan kebolehan yang berbeza- beza. Aku cuba juga untuk buat benda lain, tapi macam agak sukar bagi aku. Mungkinkah sebab aku belum teroka sepenuhnya potensi aku. Mungkin.

Teringat gambar iceberg yang selalu aku gunakan untuk bercakap tentang potensi diri. Memang benar. Banyak lagi potensi kita yang kita tidak sedari. Dan hanya menunggu saat untuk diaktifkan.

Selamat menemui potensi baru.




- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, November 28, 2011

Kalabakan




Insya Allah, esok akan ke Kalabakan Tawau. Sekarang berada di KKIA Terminal 1 untuk ke Tawau. Terpaksa sekali lagi meninggalkan isteri dan anak-anak. Pagi tadi sempat ke pasar membeli ikan dan sejenis kerang namanya Dalus bersama isteri dan anak yang ketiga. Sempat juga membeli telur ikan. Isteri amat menggemarinya. Sempat juga anak ketiga menangis dengan sekuat hatinya di pasar kerana ingin membeli patung Ultraman yang besar (lebih kurang sama saiznya). Kesian, tidak ku belikan kerana harga yang melampau.

Ops... Lain pula ceritanya. Tentang ke Kalabakan. Saya bersama pegawai MPC akan melaksanakan tugas di sana di sebuah kilang pemprosesaminyak sawit. Kami akan membuat diagnosis pengurusan dan memberikan sedikit panduan tentang Continuous Process Improvement (CPI). Bagus program ni. Cuma agak penat sedikit.

Apa ceritanya di sana? Ikuti post saya mengenai Kalabakan esok ya.

Terima kasih.
- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, November 27, 2011

Efficient vs Effective

Continuous Improvement

5S visit to Felda Kalabakan Oil Palm Industries

You cannot stand still. When you do, you really aren’t standing still, but you are slipping backward because your competition is constantly improving.

LAMA TIDAK KEMASKINI

Ketika mengendalikan Program Motivasi Keusahawanan untuk usahawan IPKS

Assalamualaikum kepada pengikut blog saya,

Salam Maal Hijrah 1433H. Hijrah dalam semasa ini tidak hanya menekankan dari segi perpindahan tempat, tetapi menyahut seruan Allah dan Rasulullah untuk membuat perpindahan tabiat dan pemikiran dari yang buruk kepada yang baik.

Cabaran 48 jam!!! Kalau kita tak membuat apa-apa perubahan dalam masa 48 jam, kita sebenarnya cenderung kepada arah kegagalan.

Hanya yang mati sahaja tidak berubah.

Wednesday, August 10, 2011

Kesusahan itu kesenangan




Kesusahan bagi kita, tapi kesenangan bagi orang lain. Ianya boleh dilihat dari pelbagai persepsi.

Pertama, ada orang suka membuatkan kita susah. Mereka gembira di atas kejayaan mereka menyusahkan kita. Manusia jenis apakah itu ya? Kalau boleh, kita ni langsung tidak dapat buat apa-apa.

Kedua, mempunyai hanya RM10 dalam dompet merupakan kesusahan bagi seseorang individu. Namun, bagi sesetengah orang, mempunyai RM 10 sahaja merupakan kesenangan yang tidak terkira. Pengalaman masa study dulu ketika kekeringan sumber. Habis poket seluar yang digantung di pintu diseluk. Tiba-tiba, terasa kertas. Lantas ditarik. Ya Allah... Nikmat dan anugerah Allah terasa kehebatannya. WAH.... RM10! Saya dapat gunakannya untuk 5 hari membeli makanan. Mampu untuk dikongsi dengan kawan....


- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, May 1, 2011

Kehilangan




Dugaan melanda. Dalam persiapan menghadapi peperiksaan akhir semester pengajian saya, saya menerima berita yang tidak berapa baik. Anak dalam kandungan isteri saya telah disahkan gugur oleh doktor. Sedih juga.

Namun, saya pasti ada hikmahnya. Semua yang dijadikan Allah tidak pernah sia-sia. Saya redha dengan semua ini.

Saya bertuah mendapat isteri yang tabah dan cepat menerimanya sebagai berhikmah. Dia tenang dan bersyukur dengan apa yang melanda.




- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, April 11, 2011

Hidup ini lebih baik




Mungkin ramai juga yang beranggapan bahawa dirinya sering berada dalam kesusahan dan kerugian. Mmm... Adakah kita tergolong antara mereka yang disebut dalam surah Al- Asr yang menyebut tentang orang yang rugi? Harapnya, tidak. Allah menyebut bahawa yang tidak rugi itu adalah orang yang beriman, dan beramal soleh bukan salah. Serta, mereka yang memperingati antara satu sama lain di atas kebenaran, biarpun pahit. Dan juga, dalam kita ingin mengukuhkan iman, meneruskan amalan soleh dan memperingatkan orang lain, kita perlu bersabar. Jika itu dibuat, insya Allah, tidaklah tersenarai antara yang rugi.

Kadang- kadang kita mengeluh kerana masalah yang mendatang. Tetapi, bila dilihat keadaan sekeliling dan berkongsi cerita dengan orang lain, mungkin kita akan mendapati, alangkah baiknya hidup ini.... Kerana mendapati orang lain lebih dahsyat cabaran hidupnya berbanding kita.

Nah, ingatlah bahawa Allah tidak membebankan ke atas bahu seseorang itu sesuatu yang dia tidak tertanggung.

Apa- apa pun, yakin jak kau....

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, April 9, 2011

Nilai Cinta Mu










Terdapat empat situasi cinta:

1. Cinta dan peduli
Cinta ini adalah cinta yang hebat. Mencintai dan mempedulikan orang yang dicintai.

2. Cinta dan tak peduli
Ada juga yang cinta, tapi dia tak pedulikan orang yang dicintainya itu. Dia masih sayang, dan dia rasa cukup setakat itu. Tetapi orang yang disayanginya tidak merasakan dipeduli atau diambil tahu. Kalau outstation, tak pernah nak telefon.

3. Tidak cinta, tapi peduli
Ada pula yang tidak mencintai, tetapi mempedulikannya. Ini lebih kepada kasihan. Contohnya, kita tak sayang pun orang miskin itu, tetapi, kita ambil peduli tentang makannya dan pakaiannya. Kita hulurkan bantuan.
Dan juga, perasaan cinta sudah tidak ada. Tidak sayang lagi pada pasangannya, tetapi masih ambil peduli. Cukup makan, cukup pakai. Sudahlah....

4. Tidak cinta, tidak peduli.
Ini dahsyat. Ini telah sampai ke tahap benci.

Yang mana satu anda?


- Posted using BlogPress from my iPad


Thursday, April 7, 2011

Baik baik buruk buruk







Tertarik dengan satu artikel dalam iluvislam mengenai GIGO. Pada awalnya saya ingat dia bercerita tentang kisah gigolo. Rupanya jauh tersasar.

GIGO itu satu singkatan untuk Garbage in garbage out. Masuk sampah keluar sampah. Ia menceritakan kalau kita mengamalkan perkara yang buruk, maka akan buruklah hasilnya. Makan haram, haramlah jadinya.

Luqman al Hakim berkata 'aku mendidik anakku 20 tahun sebelum kelahirannya'. Apa maksudnya ini? Ia sebenarnya ingin memberikan satu misalan bahawa untuk mendapat anak yang baik, ia perlu bermula sejak kita boleh dipertanggungjawabkan atas tingkah laku kita. Contohnya, dari pemilihan jodoh, tabiat kita sebelum kahwin, makanan sebelum kahwin dan lain- lain lagi. Apatah lagi kalau anak sudah dalam kandungan.

Ketika bayi lahir, amatlah wajib untuk kita terus memberikannya minuman yang halal, contohnya susu ibu. Halalkah susu ibu itu? Insya Allah halal selagi si ibu memakan makanan yag halal dari sumber yang halal selama ini. Rasanya faham lah tu kan...

Ok lah, cukup dulu kali ini. Kalau ada bahan menarik lai, akan saya kongsikan..tetapi tidaklah copy and paste. Saya akan ceritakan semula dalam konteks pemahaman saya.



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Ranau,Malaysia

Sunday, April 3, 2011

Kerjaya




Hakikatnya adalah kerjaya bukan hanya untuk mencari makan. Tetapi, ianya adalah ruang untuk individu bagi menyatakan bakat, kebolehan dan kemahiran yang dimiliknya. Ianya adalah satu transformasi personaliti kepada hasil kerja yang akhirnya memberikanya faedah untuk makan.

Maka, pemilihan kerjaya amatlah penting untuk mencapai kepuasan peribadi dan kerjaya yang optimum.


- Posted using BlogPress from my iPad