Monday, June 9, 2014

Ingin aktif semula....


Assalamualaikum dan salam sejahtera

BErtemu semula setalah lama mendiamkan diri. Kadang2 hanya sebab no idea. Kebanyakannya sebab malas mau update. 
Sekarang pun masih tiada idea. Proposal PhD saya pun masih tersekat tiada perkembangan. Tajuk pun tukar2.
Insya Allah akan memulakan arena baru.

Friday, December 14, 2012

Anakku di kampung

Hari ini tiba- tiba terasa rindu kepada dua anakku iaitu anak pertama dan anak kedua. Yang pertama namanya Muhammad Nur Aiman dan kedua Muhammad Nur Aizat. Keduanya ada di kampung bersama datuk dan neneknya. Gembira mereka di sana. Saya sering tanya bila mau balik rumah babah? Jawapannya ialah tunggu masa dekat mau bersunat. Dorang akan bersunat pada 18/12/2012.

Aiman dan Aizat, babah dan mama rindu sama kamu berdua. Ni babah macam mau menitiskan air mata ni merindui anak-anak babah.



- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, December 10, 2011

KURSUS USAHAWAN


Salam pertemuan,

Ketika saya menulis post ini, gerhana bulan sedang berlaku. Subhanallah. Sungguh besar kuasaMu. Ketika ini juga saya sedang mengendalikan Program Latihan Kepimpinan Muda dalam Keusahawanan untuk pelajar-pelajar IKM Kota Kinabalu yang bermula dari 9 - 11 Disember 2011. Ketika ini mereka sedang membuat pembentangan mengenai Kembara Usahawan yang mereka telah lakukan pada petang tadi (2 ptg - 4.00 ptg).

Agak penat sebab belum sempat selesai kepenatan daripada Kinabatangan kerana mengendalikan Program Motivasi Usahawan untuk peniaga-peniaga kecil-kecilan di sana.

RUMUSANNYA:
"Semangat dan pengetahuan memainkan peranan dalam memajukan diri" - Pengetahuan ini bukan bermaksud hanya akademik semata-mata.

Tuesday, November 29, 2011

Penat

Perjalanan ke kilang yang dilawati tadi mengambil masa 2 jam lebih. Sampai di sana, adui na... Kaki sudah lenguh. Kepala sudah sakit.

Tapi, ketika sesi diagnosis process, perasaan menjadi teruja dengan permasalahan yang ditimbulkan. Insya Allah, ada jalannya.


- Posted using BlogPress from my iPad

Kalabakan - Awal Pagi

Jam sekarang dah pukul 6.15 pagi. Tadi dah bangun jam 5 pagi dan alhamdulillah diizinkanNya kita untuk berkomunikasi denganNya di awalpagi ( solat subuh ). Semalam agak sukar nak tidur, biasalah tempat baru. Pagi ni akan ke Kalabakan untuk meneruskan misi syarikat.

Cuma, terfikir tentang anugerah Allah. Aku mensyukuri apa yang diberikanNya kepada ku. Ada yang cuba menceburi bidang ku ini, namun bagi mereka macam sukar. Mungkinkah ianya berkaitan dengan kebolehan yang berbeza- beza. Aku cuba juga untuk buat benda lain, tapi macam agak sukar bagi aku. Mungkinkah sebab aku belum teroka sepenuhnya potensi aku. Mungkin.

Teringat gambar iceberg yang selalu aku gunakan untuk bercakap tentang potensi diri. Memang benar. Banyak lagi potensi kita yang kita tidak sedari. Dan hanya menunggu saat untuk diaktifkan.

Selamat menemui potensi baru.




- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, November 28, 2011

Kalabakan




Insya Allah, esok akan ke Kalabakan Tawau. Sekarang berada di KKIA Terminal 1 untuk ke Tawau. Terpaksa sekali lagi meninggalkan isteri dan anak-anak. Pagi tadi sempat ke pasar membeli ikan dan sejenis kerang namanya Dalus bersama isteri dan anak yang ketiga. Sempat juga membeli telur ikan. Isteri amat menggemarinya. Sempat juga anak ketiga menangis dengan sekuat hatinya di pasar kerana ingin membeli patung Ultraman yang besar (lebih kurang sama saiznya). Kesian, tidak ku belikan kerana harga yang melampau.

Ops... Lain pula ceritanya. Tentang ke Kalabakan. Saya bersama pegawai MPC akan melaksanakan tugas di sana di sebuah kilang pemprosesaminyak sawit. Kami akan membuat diagnosis pengurusan dan memberikan sedikit panduan tentang Continuous Process Improvement (CPI). Bagus program ni. Cuma agak penat sedikit.

Apa ceritanya di sana? Ikuti post saya mengenai Kalabakan esok ya.

Terima kasih.
- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, November 27, 2011

Efficient vs Effective

Continuous Improvement

5S visit to Felda Kalabakan Oil Palm Industries

You cannot stand still. When you do, you really aren’t standing still, but you are slipping backward because your competition is constantly improving.

LAMA TIDAK KEMASKINI

Ketika mengendalikan Program Motivasi Keusahawanan untuk usahawan IPKS

Assalamualaikum kepada pengikut blog saya,

Salam Maal Hijrah 1433H. Hijrah dalam semasa ini tidak hanya menekankan dari segi perpindahan tempat, tetapi menyahut seruan Allah dan Rasulullah untuk membuat perpindahan tabiat dan pemikiran dari yang buruk kepada yang baik.

Cabaran 48 jam!!! Kalau kita tak membuat apa-apa perubahan dalam masa 48 jam, kita sebenarnya cenderung kepada arah kegagalan.

Hanya yang mati sahaja tidak berubah.

Wednesday, August 10, 2011

Kesusahan itu kesenangan




Kesusahan bagi kita, tapi kesenangan bagi orang lain. Ianya boleh dilihat dari pelbagai persepsi.

Pertama, ada orang suka membuatkan kita susah. Mereka gembira di atas kejayaan mereka menyusahkan kita. Manusia jenis apakah itu ya? Kalau boleh, kita ni langsung tidak dapat buat apa-apa.

Kedua, mempunyai hanya RM10 dalam dompet merupakan kesusahan bagi seseorang individu. Namun, bagi sesetengah orang, mempunyai RM 10 sahaja merupakan kesenangan yang tidak terkira. Pengalaman masa study dulu ketika kekeringan sumber. Habis poket seluar yang digantung di pintu diseluk. Tiba-tiba, terasa kertas. Lantas ditarik. Ya Allah... Nikmat dan anugerah Allah terasa kehebatannya. WAH.... RM10! Saya dapat gunakannya untuk 5 hari membeli makanan. Mampu untuk dikongsi dengan kawan....


- Posted using BlogPress from my iPad