Saturday, February 28, 2009

Program Keusahawanan Berdaya Maju


Hari ini 28 Feb 2009, merupakan hari lahir anak saya Aiman. Hampa juga tidak dapat bersama. Tapi, saya tiada di sampingnya pun adalah untuknya juga.

Alhamdulillah, bermula program Keusahawanan Berdaya Maju hari ini. Dapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar dan staf Kolej Matrikulasi Labuan. Para staf dan pelajar memberikan kerjasama yang agak baik.

Program bermula dengan pendaftaran pada jam 8.00 - 8.30 pagi. Seterusnya program diteruskan dengan taklimat dan pembentukan kumpulan. DAn, setiap kumpulan diminta membentuk logo dan satu produk. Menarik juga dorang buat... Nama kumpulan berdasarkan ikan yang dijual di pasar. Tapi yang peliknya satu kumpulan meletakkan nama Ikan Duyung... adakah ikan duyung dijual di pasar????

Slot berikutnya ialah Sesi Motivasi dan analisa diri. Dan diteruskan lagi pada petangnya dengan slot Pilih Peluang Perniagaan.

Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri MECD. Simple orangnya. Tidak terlalu protokol. Gembira berkenalan dengan beliau.

Program malam disambung dengan aktiviti Komunikasi Berkesan oleh Puan Nancy. Seronok nampaknya para peserta.



Datuk Saifudin Abdullah sedang memberikan kata-kata dorongan semangat keusahawanan kepada para peserta. Gaya penyampaian beliau adalah santai dan bersahaja.

Friday, February 27, 2009

Merentasi Laut Mencari Rezeki


Alhamdulillah... Saya sudah sampai di Labuan. Saya, Pak Ramli dan sahabat saya Ridza ke Labuan untuk menjalankan satu program keusahawanan bermula 28 Feb hingga 2 Mac 2009. Insya Allah, program ini akan dirasmikan oleh Datuk Saifudin, Tim Menteri MECD.


Perjalanan hari ini bermula dari pekan Menggatal jam 8.00 pagi. Pak Ramli sudah sampai awal lagi di KK... Lama juga dia tunggu saya. Saya terus ke Kingfisher ambil Ridza dan terus ke KK ambil Pak Ramli. Terus ke Menumbok untuk naik feri.


Mula2, mau bawa kenderaan ke Labuan... Alamak!!! Feri fenuh!!! Terpaksalah naik speed boat.. Seronok juga... Lagi cepat sampai.


Skrg, rehat2 di hotel. Esok program mula.... Doakan saya berjaya.

Monday, February 23, 2009

Kumpulan Ikan Merah

Lega... Tapi penat. Selesai jalankan tanggungjawab sebagai fasi dalam kursus BTN dari 20 - 22 Feb. Kali ni saya berhadapan dengan 8 org peserta... Nama panggilan mereka.. Vo (Ketua Kumpulan), Zal, Lan, Emy, Nina, Ly, Jly dan Ani. Syabas buat mereka. Mereka gelarkan kumpulan mereka Ikan Merah. Lucu juga kumplan ni... Meriah memanjang. Semangat lagi tu...

Banyak yang kami belajar dalam kumpulan tu... Meningkatkan diri (motivasi) dan semangat cintakan negara. Ketika berdebat, foiyoooo.. Punya main hebat, tak kurang juga yang menjadi pemerhati setia...

Harap anda semua berjaya.

Kepada peserta saya pada 2 minggu lepas iaitu Kumpulan Basong... DI mana anda kini? Rindu juga dgn telatah anda semua..... Good Luck.. Hubungi Pak Boi ya...

Wednesday, February 18, 2009

Pertemuan

Hari ini aku solat berjemaah di masjid Bandaraya Kota Kinabalu. AKu berjumpa dengan sahabatku Mochtar, rakan seperjuangan semasa di UIA suatu ketika dulu. Banyak kami bincangkan termasuklah merancang sesuatu untuk ex-UIAans di Sabah. Kami berbicang tentang kualiti solat... Memang susah nak dapatkan khusyu' dalam solat. Mochtar kata,"Sebelum aku solat, aku akan tanya diriku adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Allah?" Wah! Satu soalan yang begitu baik yang membuatkan peningkatan kualiti solat itu berlaku.

Kita kalau mau jumpa orang, foiyoooo!!!! Punya main hebat persiapan kita. Dengan Allah? Macam mana ye? Tanya sendiri dan jawab sendiri ye...

Selepas tu, saya memenuhi temujanji dengan sahabat saya di BTC Kolombong. Rupanya dah lama mereka menunggu. Perjumpaan untuk merancang kertas kerja program korporat. Yalah.. kami kan korporat.....

Lapar!!!! Aku pun order mee goreng mamak. Dorang makan roti kosong je...

Tepat jam 11.30 malam, kami bersurai.

Sampai rumah semua orang dah tidur. Aku pun melayan cerita Star Movies bertajuk Dr Dolittle 2. Kalau betullah kita dapat mendengar haiwan bercakap, mesti dorang tengah kutuk kita... Mesti dorang kata, "Kononnya manusia ni berakal, tapi sama je macam aku.. Atau aku lebih hebat dari dorang. Tak tahu dah nak fikir dan pilih yang mana buruk yang mana elok. Main bantai je tabiat dorang ni...

Tepat jam 12.30 mlm, aku try lelapkan mata.. Gagal!!! Aku tak dapat tidur. JAdi, aku capai laptop... ahhhh mengaranglah dalam blog aku ni.

Harap anda semua suka baca. Tak suka pun dah baca sampai takat ni kan??? Pertemuan!!! Apa yang anda temui????

Tuesday, February 17, 2009

Karenah Anak-anak
















Kenanganku



Entah lah tetiba jak teringat semula kehidupan masa kecil-kecil dulu. Ketika sekolah dulu saya adalah seorang peniaga. Mama akan bungkus mee goreng berharga 10 sen setiap satu sebanyak 30 bungkus. Tapi ibu akan lebihkan mee tersebut menjadi 33 bungkus. Mama bagi belanja pada saya sebanyak 20 sen. 30 bungkus mee adalah wajib dijual. Manakala yang 3 lagi, terpulang pada saya. Kalau mahu jadikan belanja saya yang 20 sen menjadi 50 sen, maka saya kena jual 3 bungkus itu.. Kalau tidak, saya makan sendiri. Itulah ilmu keusahawanan yang terawal saya dapat dari mama saya.




Bapa saya pula banyak mendidik saya untuk jadi seorang guru. Kerja-kerja menanda kertas kerja pelajar-pelajarnya kadang-kadang saya akan tolong buat. Memang seronok. Di situlah juga tertanamnya minat saya untuk jadi guru. Kadang-kadang, untuk berlatih bagi men'cantik'kan lagi tulisan saya, saya tolong buatkan Buku Rancangan Mengajar bapa saya... Memang tulisan bapa saya tidak dapat ditandingi, dulu, kini dan selamanya.


Kini mama berjualan di Papar. Berjualan barang-barang kesihatan dan kosmetik. Dari saya kecil lagi mama sudah berjualan di kaki-kaki lima. Dari berjual kuih-kuih kering sampai berjual baju. Mama kuat orangnya. Umurnya kini sudah 55 tahun. Tapi, masih jaga imejnya. Lawa lagilah.
Bapa pula, sudah berumur 57 tahun. Pun masih hensem lagi.. Masih kerja lagi sebagai seorang guru. Sepatutnya sudah pencen tahun lepas, tapi oleh kerana minatnya pada bidang guru, ditambahnya lagi dua tahun. Saya dengan bapa saya macam kawan saja.
Sayang saya pada mereka berdua ni. Dari saya kecil sampai ke hari ini, masih lagi berbelanja untuk saya. Sukar untuk ku balas jasa mereka walau sampai bila-bila.
Ma, pa... aku sayang sama biskita.

Sunday, February 15, 2009

HASAD DENGKI

Wahai rakan-rakan, pernahkah anda menjadi mangsa hasad dengki? Saya pernah. Rezeki saya tertutup. Tapi, yakinlah sekiranya kita berada di pihak yang benar, Allah akan keluarkan kita dari belenggu itu. Rezeki adalah milik Allah.. dariNya ia datang. Bukan manusia. Biarlah mereka buat apa sahaja ke atas diri kita. Yang penting, jangan sampai maruah diri dicemari oleh mereka. Pertahankan maruah kita.

Hai....

Saya pergi LDK dulu... Jumpa lagi.. Aku tahu aku jak yang baca ni...