Saturday, February 28, 2009

Program Keusahawanan Berdaya Maju


Hari ini 28 Feb 2009, merupakan hari lahir anak saya Aiman. Hampa juga tidak dapat bersama. Tapi, saya tiada di sampingnya pun adalah untuknya juga.

Alhamdulillah, bermula program Keusahawanan Berdaya Maju hari ini. Dapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar dan staf Kolej Matrikulasi Labuan. Para staf dan pelajar memberikan kerjasama yang agak baik.

Program bermula dengan pendaftaran pada jam 8.00 - 8.30 pagi. Seterusnya program diteruskan dengan taklimat dan pembentukan kumpulan. DAn, setiap kumpulan diminta membentuk logo dan satu produk. Menarik juga dorang buat... Nama kumpulan berdasarkan ikan yang dijual di pasar. Tapi yang peliknya satu kumpulan meletakkan nama Ikan Duyung... adakah ikan duyung dijual di pasar????

Slot berikutnya ialah Sesi Motivasi dan analisa diri. Dan diteruskan lagi pada petangnya dengan slot Pilih Peluang Perniagaan.

Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri MECD. Simple orangnya. Tidak terlalu protokol. Gembira berkenalan dengan beliau.

Program malam disambung dengan aktiviti Komunikasi Berkesan oleh Puan Nancy. Seronok nampaknya para peserta.



Datuk Saifudin Abdullah sedang memberikan kata-kata dorongan semangat keusahawanan kepada para peserta. Gaya penyampaian beliau adalah santai dan bersahaja.

3 comments:

  1. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. Program yang dimulakan dengan 'mengenali diri' membolehkan setiap peserta menyedari bahawa setiap individu datang ke dunia ini dengan gelas yang kosong. Terpulanglah kepada setiap individu untuk mengisi gelas mengikut selera masing-masing. Mereka yang tidak mengisi gelas hanyalah menempuh kehidupan yang sia-sia.

    Peserta kursus ini adalah juara! Mereka telah menang untuk kesekian kalinya. Pertama kalinya, menang kerana berjaya lahir ke dunia. Seterusnya kejayaan demi kejayaan sehingga ke saat ini. Kemudian kejayaaan menambah baik pemikiran positif. Apa yang pasti, peserta berjaya melihat jalan-jalan menuju kejayaan tanpa batasan. BAIK! BAGUS! HEBAT!

    ReplyDelete
  2. Bagus!!!! Mantap!!! Tahniah pada anda... Faham juga apa yang telah disampaikan. Semoga berjaya semuanya....

    ReplyDelete
  3. salam apa khabar pak boi?...anda baik...anda bagus..anda hebat..terima kasih..saya dah ambil gambar dan post kat blog saya..jumpa anda di puncak kejayaan!

    ReplyDelete