Tuesday, February 17, 2009

Kenanganku



Entah lah tetiba jak teringat semula kehidupan masa kecil-kecil dulu. Ketika sekolah dulu saya adalah seorang peniaga. Mama akan bungkus mee goreng berharga 10 sen setiap satu sebanyak 30 bungkus. Tapi ibu akan lebihkan mee tersebut menjadi 33 bungkus. Mama bagi belanja pada saya sebanyak 20 sen. 30 bungkus mee adalah wajib dijual. Manakala yang 3 lagi, terpulang pada saya. Kalau mahu jadikan belanja saya yang 20 sen menjadi 50 sen, maka saya kena jual 3 bungkus itu.. Kalau tidak, saya makan sendiri. Itulah ilmu keusahawanan yang terawal saya dapat dari mama saya.




Bapa saya pula banyak mendidik saya untuk jadi seorang guru. Kerja-kerja menanda kertas kerja pelajar-pelajarnya kadang-kadang saya akan tolong buat. Memang seronok. Di situlah juga tertanamnya minat saya untuk jadi guru. Kadang-kadang, untuk berlatih bagi men'cantik'kan lagi tulisan saya, saya tolong buatkan Buku Rancangan Mengajar bapa saya... Memang tulisan bapa saya tidak dapat ditandingi, dulu, kini dan selamanya.


Kini mama berjualan di Papar. Berjualan barang-barang kesihatan dan kosmetik. Dari saya kecil lagi mama sudah berjualan di kaki-kaki lima. Dari berjual kuih-kuih kering sampai berjual baju. Mama kuat orangnya. Umurnya kini sudah 55 tahun. Tapi, masih jaga imejnya. Lawa lagilah.
Bapa pula, sudah berumur 57 tahun. Pun masih hensem lagi.. Masih kerja lagi sebagai seorang guru. Sepatutnya sudah pencen tahun lepas, tapi oleh kerana minatnya pada bidang guru, ditambahnya lagi dua tahun. Saya dengan bapa saya macam kawan saja.
Sayang saya pada mereka berdua ni. Dari saya kecil sampai ke hari ini, masih lagi berbelanja untuk saya. Sukar untuk ku balas jasa mereka walau sampai bila-bila.
Ma, pa... aku sayang sama biskita.

1 comment: