Wednesday, February 18, 2009

Pertemuan

Hari ini aku solat berjemaah di masjid Bandaraya Kota Kinabalu. AKu berjumpa dengan sahabatku Mochtar, rakan seperjuangan semasa di UIA suatu ketika dulu. Banyak kami bincangkan termasuklah merancang sesuatu untuk ex-UIAans di Sabah. Kami berbicang tentang kualiti solat... Memang susah nak dapatkan khusyu' dalam solat. Mochtar kata,"Sebelum aku solat, aku akan tanya diriku adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan Allah?" Wah! Satu soalan yang begitu baik yang membuatkan peningkatan kualiti solat itu berlaku.

Kita kalau mau jumpa orang, foiyoooo!!!! Punya main hebat persiapan kita. Dengan Allah? Macam mana ye? Tanya sendiri dan jawab sendiri ye...

Selepas tu, saya memenuhi temujanji dengan sahabat saya di BTC Kolombong. Rupanya dah lama mereka menunggu. Perjumpaan untuk merancang kertas kerja program korporat. Yalah.. kami kan korporat.....

Lapar!!!! Aku pun order mee goreng mamak. Dorang makan roti kosong je...

Tepat jam 11.30 malam, kami bersurai.

Sampai rumah semua orang dah tidur. Aku pun melayan cerita Star Movies bertajuk Dr Dolittle 2. Kalau betullah kita dapat mendengar haiwan bercakap, mesti dorang tengah kutuk kita... Mesti dorang kata, "Kononnya manusia ni berakal, tapi sama je macam aku.. Atau aku lebih hebat dari dorang. Tak tahu dah nak fikir dan pilih yang mana buruk yang mana elok. Main bantai je tabiat dorang ni...

Tepat jam 12.30 mlm, aku try lelapkan mata.. Gagal!!! Aku tak dapat tidur. JAdi, aku capai laptop... ahhhh mengaranglah dalam blog aku ni.

Harap anda semua suka baca. Tak suka pun dah baca sampai takat ni kan??? Pertemuan!!! Apa yang anda temui????

2 comments:

  1. Lagi...dan lagi.....dan lagi....hanya burung yang tahu susahnya terbang, hanya semut yang arif sukarnya hidup dalam lubang... teruskan blogging! :)

    ReplyDelete
  2. Best..
    Kisah ni best.. =)

    ReplyDelete