Saturday, April 18, 2009

Pilihanraya Lagi


Wah!!! Mungkin akan berlaku lagi pilihanraya. Entah bila. Tapi signal yang diberikan oleh peletakan jawatan ADUN Penanti, Tuan Fairus Khairudin menandakan akan ada pilihanraya sekali lagi. Selepas itu, mungkin akan ada lagi pilihanraya ke???

Sampai bilalah baru kita akan tumpukan perhatian pada misi membangunkan negara ini? Kita sibuk sekarang untuk mengundi jeee... Seronok juga ya menanda pangkah.. dan pangkah itu menentukan pemimpin. Selalunya di sekolah tanda 'right' itu yang betul kan... tapi jangan rosakkan undi anda.

Rakan-rakan saya mengatakan Negara kita ni negara Pilihanraya... Dan ada yang bergurau, "Kalau ditanya tentang hobi saya, hobi saya ialah mengundi". Satu sindiran.

Bolehkah kita dan pemimpin-peimpin kita, bila sudah selesai pilihanraya, terus menumpukan pada kerja dan stop berkempen untuk kepentingan parti????

Entahlah... Pilihanraya lagi... Kesian yang dah merantau jauh, terpaksa beli tiket untuk balik bagi menunaikan tanggungjawab mengundi untuk kesekian kalinya...

Hehehehe... Jangan marah.

Friday, April 17, 2009

Siapa Kita Di Dunia Ini?



Buat teman-teman yang sering memperkatakan tentang perjuangan bangsaku,

Masih terngiang di telinga ini suatu lagu yang aku tercari-cari senikatanya semasa aku sekolah dulu. Lagu yang menceritakan tentang bangsaku. “Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi…” Setakat itu saja senikata yang aku ingat di zaman sekolah dulu. Kini ia menjadi nyanyian ku di mana-mana. Ketika memandu, mendodoikan anakku, ketika mandi, ketika mencari ilham, hinggakan bunyi deringan telefon bimbitku pun menggunakan irama lagu ini.

Aku tertarik dengan senikatanya. Tabiat bangsa yang jijik diceritakan dalam lagu itu. Aku ingat lagu itu menceritakan tentang suatu keadaan di suatu tempat yang jauh daripada aku. Rupanya di sebelah ku. Di tempat aku menyalurkan perjuanganku yang kini aku rasa geli mahu menyebutnya sebagai perjuangan. “Akibat sengketa sesamalah kita…” Mati-mati aku ingatkan lagu ini tentang perbalahan orang Melayu sahaja. Tapi rupanya persengketaan dalam menegakkan perjuangan siapa yang betul, dan siapa yang salah. Dan akhirnya ada yang menjadi mangsa.

Kadang-kadang aku terfikir, adakah aku berkecimpung dalam perjuangan ini adalah untuk memenuhi cita-cita peribadiku atau untuk memenuhi cita-cita bangsaku yang sejati. Ish.. Argh… Migrain aku dibuatnya.

Siapalah kita di bumi ini? Kita diletakkan di suatu kedudukan bukan untuk kita bermegah dengannya. Ia adalah amanah Allah. Memang sejak dahulu manusia begitu bodoh dan jahil. Mengaku kuat rupanya lemah. Dahulu Allah cuba menurunkan amanah kepada bukit untuk dipikul, namun bukit enggan menerimanya. Kalau diterimanya, berkecailah ia. Tapi, manusia dengan machonya telah menerima amanah itu. Siapa besar, bukit atau manusia? Tapi, manusia memang hebat. Akalnya mampu mengatasi besarnya alam ini, hinggakan manusia lupa di mana asal usulnya.

Allah Maha Pengasih Maha Pemurah. Diutusnya kita dengan kedudukan kita adalah sebagai tanda kasih sayangNya kepada seluruh manusia. Diutusnya Rasul sebagai kasihNya untuk memastikan manusia tidak berada dalam kesesatan. Diutusnya doktor untuk menunaikan amanah mentadbir dan membantu manusia dalam menangani masalah kesihatan.

Berhentilah bercakap mengenai sistem nilai. Muak sudah aku mendengar perkataan perjuangan dari mulut-mulut mereka yang bacul sedangkan mereka pun tidak memahami erti perjuangan sebenar. Aku yang menulis ini pun entah faham atau tidak erti perjuangan.

Sahabat-sahabatku, aku rindukan suasana yang dulu. Aku rindukan keharmonian dalam keluarga perjuangan ku ini. Aku rindukan ‘lantai perjuangan’ yang pernah menjadi tempat permainanku. Aku juga merindukan kualiti dasar ini yang pernah membentuk aku menjadi insan yang tahu menilai buruk dan baik. Aku rindukan percambahan idea yang bersih dan matang. Aku rindukan segalanya yang pernah wujud dulu. AKU RINDUKAN PERJUANGAN. Sabarlah sahabat-sahabatku yang ikhlas dalam pengorbananmu. Berjuang ertinya berkorban dan terkorban. Ingat, kalau kita sudah berada di hadapan, jangan lupa menoleh ke belakang. Kesan-kesan tapak kaki kita di belakang itulah yang membentuk kita di hadapan. Kesan-kesan itulah yang mengizinkan untuk kita berada di hadapan. Mungkin juga di belakang itu kita meninggalkan kesakitan pada yang lain. Mungkin kita terpijak semut. Kasihan… Tidak perlulah aku jelaskan lagi, rasanya sahabat-sahabat faham kata-kataku ini. Ingat, kita ini ibaratnya hanya sebagai pelari dalam acara 4 x 100 meter lari berganti-ganti. Kita hanya meneruskan larian orang yang dahulu. Biarlah kita meneruskan larian itu dalam larian yang hebat agar orang terdahulu tidak menyalahkan kita. Dan larian kita nanti akan diteruskan oleh orang lain. Walaupun kemenangan akan ditentukan oleh pelari terakhir, namun biarlah pelari-pelari terdahulu memberikan keselesaan kepadanya untuk membuktikan kemenangan kita. Dalam kehidupan, biarlah prinsip kita tidak menjahanamkan orang lain.

Akhir sekali, “ANAK KECIL MAIN API…” Rupanya bukan cerita tentang orang lain, tentang DIRI KU.

Maaf andainya tidak faham.

Wassalam. Dariku, PELARI KE-3

Monday, April 13, 2009

HARI JADI

12hb April merupakan ulang tahun hari lahir pakcik saya. Namun, tarikh itu juga merupakan tarikh pemergian beliau menemui Allah. Hari ini, 13hb April 2009, kami yang masih hidup membantunya kembali ke asalnya iaitu TANAH. Sedih hati ini tidak terkira kerana insan ini banyak jasanya dalam hidup saya.

Inilah hidup. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Yang hidup pasti akan mati. Persoalannya bagaimanakah akhirnya hidup kita nanti. Amalan kita bagaimana ya? Ish... Risau juga hati ini kerana amalan belum lagi lengkap.

Seterusnya, bagaimanakah pula halnya dengan mereka yang kita tinggalkan? Adakah sudah dipersiapkan bekalan untuk mereka meneruskan hidup mereka tanpa kita di sisi mereka? Itu dari segi harta. Bagaimana pula dengan kemantapan rohani yang kita sudah isi dalam diri ahli keluarga kita sebelum pemergian kita? Dan, adakah pemergian kita ditangisi atau mereka lebih suka?

Yang hidup harus mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.

Namun, pakcik saya ini banyak meninggalkan kenangan yang susah saya dan keluarga untuk lupa. Rasa amat sukar untuk terima kehilangannya. Suaranya dan gurauannya masih terngiang. Sempat juga saya menyertai majlis sambutan hari lahir beliau, sehari sebelum hari lahir dan hari pemergiannya yang sebenar. Gembira nampaknya beliau. Masih sedih hati ini.

Kepada anak-anak pakcik saya, Kak Pidah, Abg Kaling, Kak Ipau, Kak Patmah, Pijan, Pijah dan Pijal, doa dari anak yang masih belum terputus hubungan kita dengan beliau. Sama-sama kita berdoa agar roh beliau tergolong antara yang beriman.

"Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa dan terimalah amalan beliau. Temukanlah kami semula di Padang Mahsyar nanti di antara golongan yang bakal ke syurga Mu. Amin"

Tuesday, April 7, 2009

GRIP @ School





Sekiranya berminat, hubungi Pak Boi di talian 019-8615047

INSPIRATIONAL

Kesukaran

"Kesukaran untuk kita mendapatkan sesuatu itu adalah disebabkan oleh kesukaran kita memberikan sesuatu itu".

Satu kata-kata yang memberikan makna yang membuatkan saya berfikir. Kesukaran dapat disebabkan kesukaran beri.... Apa ini??? Rupanya.. inilah yang dimaksudkan imbal balik.

Kenapa kita sukar mendapatkan bantuan orang lain, hah!!! Sebab... satu sebab yang utama... sebab kita sukar sangat nak bagi bantuan pada yang lain.

Begitu juga kesukaran kita mendapatkan penghormatan daripada orang lain, sebab kita tak berikannya kepda orang lain..

Fikir dan think...

Monday, April 6, 2009

Persahabatan


Kenangan di Jalan Bellamy merupakan satu titik tolak kepada kekuatan ikatan ukhuwah antara beberapa sahabat yang sama berjuang selama ini. Berada di sana kerana ingin memantapkan lagi kefahaman tentang perlembagaan negara dan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara ini dan kemudian balik ke Sabah untuk diperjelaskan dan disampaikan kepada yang lain. Hebat pengalaman itu.

Senyuman dan tangisan sebagai penguat semangat. Kami amat bertuah terpilih ke sana. Ada juga yang dengki dan bertanya kenapa mereka tak dipilih. Saya jawab, hanya mereka yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya... Ewahhhh!!!!

Terima kasih kepada guru kami Sifu Dr Idris dan Sifu Maamor. Mudah-mudahan anda berdua dirahmati Allah atas usaha memberikan kefahaman tentang apa yang kami pelajari kepada semua orang yang bergelar PEJUANG BANGSA....

PERPADUAN


"Perpaduan bukannya menjadi masalah atau tanggungjawab satu pihak sahaja, tapi ianya merupakan masalah dan tanggungjawab semua pihak". Inilah antara maksud ucapan salah seorang peserta kumpulan saya dalam kursus kenegaraan baru-baru ini. Ianya menguatkan semangat saya untuk terus menyampaikan hasrat agar perpaduan yang telah terbina suatu ketika dahulu menjadi teras dan KERAS dan akan terus abadi.

Pang, Kadir, Fed, Anne, Jamli, Mina, Nora, Azmie, Agnes, Romieo dan Sister Lilian adalah ahli kumpulan saya yang hebat. Perbincangan yang hangat sehingga menimbulkan Celik Akal dalam kalangan peserta. PErbincangan yang matang tanpa melukai hati mana-mana pihak. Hebat mereka ini. Kerjasama dan persepakatan yang mantap.

Isu kenegaraan dapat mereka hayati dan kupas dengan begitu baik.

Tahniah. Jumpa lagi....