Monday, April 13, 2009

HARI JADI

12hb April merupakan ulang tahun hari lahir pakcik saya. Namun, tarikh itu juga merupakan tarikh pemergian beliau menemui Allah. Hari ini, 13hb April 2009, kami yang masih hidup membantunya kembali ke asalnya iaitu TANAH. Sedih hati ini tidak terkira kerana insan ini banyak jasanya dalam hidup saya.

Inilah hidup. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Yang hidup pasti akan mati. Persoalannya bagaimanakah akhirnya hidup kita nanti. Amalan kita bagaimana ya? Ish... Risau juga hati ini kerana amalan belum lagi lengkap.

Seterusnya, bagaimanakah pula halnya dengan mereka yang kita tinggalkan? Adakah sudah dipersiapkan bekalan untuk mereka meneruskan hidup mereka tanpa kita di sisi mereka? Itu dari segi harta. Bagaimana pula dengan kemantapan rohani yang kita sudah isi dalam diri ahli keluarga kita sebelum pemergian kita? Dan, adakah pemergian kita ditangisi atau mereka lebih suka?

Yang hidup harus mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.

Namun, pakcik saya ini banyak meninggalkan kenangan yang susah saya dan keluarga untuk lupa. Rasa amat sukar untuk terima kehilangannya. Suaranya dan gurauannya masih terngiang. Sempat juga saya menyertai majlis sambutan hari lahir beliau, sehari sebelum hari lahir dan hari pemergiannya yang sebenar. Gembira nampaknya beliau. Masih sedih hati ini.

Kepada anak-anak pakcik saya, Kak Pidah, Abg Kaling, Kak Ipau, Kak Patmah, Pijan, Pijah dan Pijal, doa dari anak yang masih belum terputus hubungan kita dengan beliau. Sama-sama kita berdoa agar roh beliau tergolong antara yang beriman.

"Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa dan terimalah amalan beliau. Temukanlah kami semula di Padang Mahsyar nanti di antara golongan yang bakal ke syurga Mu. Amin"

No comments:

Post a Comment