Saturday, May 16, 2009

Apa Faedah Anda Dilahirkan Ke Dunia?


Salam pertemuan,

Hai, selamat berjumpa semula. Alhamdulillah, blog saya sudah mendapat perhatian. Ini menandakan saya terpaksa sibuk untuk mengupdate blog saya. Kalau tidak... MALUNYE... Nanti orang kata, "Tak guna berblog kalau tak update!"

Saya kini sedang mengendalikan kursus motivasi dan pengukuhan pasukan salah satu jabatan kerajaan di Sabah bermula semalam 15/5 hingga 17/5/2009 di Beringgis Resort Papar Sabah. Alhamdulilla, syarikat training saya pun kini sudah mula mendapat perhatian di Sabah. Itulah rezeki namanya... Dulu saya dikatakan BODOH kerana meninggalkan kerja tetap saya dengan gaji yang agak lumayan... Saya berpegang pada satu prinsip, rezeki itu bukan daripada manusia, tapi daripada Pemilik Rezeki itu.. Allah Maha Pemberi. Insya Allah, kalau kita bekerja... akan ada hasilnya.

Paa pengikut blog saya, soalan yang saya nak ajukan, apakah faedah kita secara peribadi dilahirkan di dunia ini?? Ada faedah kah kita di dunia ini?? Ada faedah ke kita dalam keluarga kita? Ada faedahkah kita sebagai suami kepada isteri kita? Anak-anak kita? Rakan-rakan kita? Jabatan kita? Bisnes kita? Masyarakat kampung kita? Agama kita?

Jawablah soalan ini secara peribadi... Fikirkan!!! Benarkah kita ni mendatangkan faedah kepada orang lain... Atau, kita ni cuma mendatangkan masalah kepada orang lain? Fikirkan... Yakin jak kau!!!!

Jangan biarkan diri kita tidak berfaedah kepada yang lain...

Senyum....

No comments:

Post a Comment