Tuesday, May 12, 2009

Aktiviti Yang Boleh DIselikan Dalam Perkhemahan Ko-Kurikulum




Baru-baru ni saya dihubungi kawan saya untuk mendapatkan pandangan mengenai apakah yang boleh diisi dalam program perkhemahan ko-kurikulum. Saya bukanlah yang arif tentang ini. Tapi, bolehlah saya berikan cadangan.

Pertama, jadikan ianya seperti aktiviti team building. Menjadikan pasukan mereka menjadi lebih erat dan kuat. Dan, kemudian, satukan antara semua persatuan itu kerana mereka memegang satu nama sekolah... Walaupun mereka bersaing, namun jangan lupa bahawa mereka semua adalah berasal dari satu sekolah yang sama.

Kedua, selitkan aktiviti kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap peranan membantu sekolah untuk mengurangkan masalah disiplin. Melalui aktiviti ko-kurikulum inilah juga dapat diselitkan tentang hasrat menjadikan persekitaran sekolah yang aman.

Ketiga, motivasi diri. Pelajar yang terlibat dalam ko-kurikulum mempunyai daya kepimpinan yang hebat. Di samping itu, pelajar juga harus mempunyai daya motivasi diri yang hebat, Mampu membimbing diri dan rakan yang lain.

Keempat, Bimbing Diri, Bimbing Rakan. Bentuklah diri untuk membimbing rakanyang lain.

Aktiviti yang lain bolehlah dibuat kembara kemasyarakatan. HAntar mereka ke sebuah kampung, mintalah mereka buat aktiviti masyarakat di sana.

Okeylah sahabatku, rasanya cukup lah ini... Ada lagi... Tapi, masih tak keluar dari IQ ini...

No comments:

Post a Comment