Hari ini 28 Feb 2009, merupakan hari lahir anak saya Aiman. Hampa juga tidak dapat bersama. Tapi, saya tiada di sampingnya pun adalah untuknya juga.
Alhamdulillah, bermula program Keusahawanan Berdaya Maju hari ini. Dapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar dan staf Kolej Matrikulasi Labuan. Para staf dan pelajar memberikan kerjasama yang agak baik.
Program bermula dengan pendaftaran pada jam 8.00 - 8.30 pagi. Seterusnya program diteruskan dengan taklimat dan pembentukan kumpulan. DAn, setiap kumpulan diminta membentuk logo dan satu produk. Menarik juga dorang buat... Nama kumpulan berdasarkan ikan yang dijual di pasar. Tapi yang peliknya satu kumpulan meletakkan nama Ikan Duyung... adakah ikan duyung dijual di pasar????
Slot berikutnya ialah Sesi Motivasi dan analisa diri. Dan diteruskan lagi pada petangnya dengan slot Pilih Peluang Perniagaan.
Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri MECD. Simple orangnya. Tidak terlalu protokol. Gembira berkenalan dengan beliau.
Program malam disambung dengan aktiviti Komunikasi Berkesan oleh Puan Nancy. Seronok nampaknya para peserta.
Datuk Saifudin Abdullah sedang memberikan kata-kata dorongan semangat keusahawanan kepada para peserta. Gaya penyampaian beliau adalah santai dan bersahaja.