Thursday, August 19, 2010

Bapa Tidak Adil!!!

Anak sulung saya membantu membersihkan rumah sebelum kami pindah ke rumah ini.

Sebelum berbuka petang tadi, saya mohon agar anak saya benarkan saya tukar stesen tv. Dia kata, "OK". Saya pun tukarlah. Tapi, selepas tu dia kata, "Babah tidak adil". Aik... Kenapa anak aku cakap begitu. Saya pun tanyalah dia kenapa dia kata begitu.

Dia kata, "Saya sudah izin babah tukar stesen tv, tapi babah tidak izinkan saya main basikal di bawah". (Rumah kami ni jenis apartment). Mmmm.... Saya hanya mampu tersenyum dan melihat wajah isteri saya yang juga turut tersenyum.

Apa moralnya di sini? Anak-anak pun mahukan keadilan daripada orang tuanya. Itu je kah moralnya. Ada lagi tu.. Nantilah kita fikir sama-sama...

3 comments:

  1. bnyk mksd keadilan yg kena rungkaikan..contohnya spt kesamarataan pbahagian makanan kpd org kecil gan org besar, adakah dbagi gan kuantiti yg sama tau kuantiti keperluan yg dperlukan ssorg yg berbeza saiz.....:D

    ReplyDelete
  2. Salam.

    menurut pndapat 'ulama. Adil membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya dan zalim membawa maksud meletakkan sesuatu BUKAN pd tempatnya.

    Skdr brkongsi moga bermanfaat utk smua (^_^)

    ReplyDelete
  3. Adil tidaklah bererti sama rata semata-mata...

    ReplyDelete