Monday, February 15, 2010

Apakah nilai SENYUM?


Percaya atau tidak senyum mempunyai kuasa yang besar? Senyum memberikan keuntungan yang besar. Senyum boleh mendatangkan rezeki yang hebat. Senyum boleh menyelamatkan beberapa situasi seperti dimarah bos, bos tak jadi marah.

Saya pernah mendengar satu kisah tentang sebuah restoran yang terpaksa 'gulung tikar' disebabkan senyum. Pada awal pembukaan, restoran tersebut telah mendatangkan keuntungan yang besar. Kerana apa? Kerana makanan yang sedap ditambah dengan taukeh restoran yang selalu senyum.

Kebiasaannya yang duduk di kaunter adalah taukeh restoran tersebut. Entah, macam mana, nak dijadikan cerita, yang jaga kaunter bertukar; isteri taukeh tersebut. Dari saat itu, perniagaannya mula goyang. Kerana apa? Kerana isterinya tidak senyum. Taukeh asal sibuk dengan pembukaan restoran baru di cawangan yang lain. Bukan cuma tidak senyum, kadang-kadang dia memarahi pelanggan atas permintaan yang macam-macam.

Sedikit demi sedikit pelanggan tetap restoran tersebut berkurangan. 'Iklan' mulut ke mulut pun bermula. Pelanggan mula memperkatakan perkara yang disebutkan tadi. "Restoran tu memang sedap masakannya, cuma yang jaga di kaunter tu, mungkin isteri taukeh tu, muka semacam je.. Tak payah pergi sana lah. Aku sumpah tak nak masuk lagi".

Akibatnya, restoran tersebut menjadi sunyi. Sehari pelanggan yang masuk kadang-kadang cuma 5 - 10 orang. Akhirnya, TUTUP restoran tersebut.

Senyum, membahagiakan. Dengan senyuman terjalinlah ikatan.

Tingkatkan harga diri dengan senyum.

3 comments:

  1. one pablo lesung pipitJuly 13, 2010 at 12:39 AM

    ari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
    Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

    Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
    Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

    Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
    Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

    Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
    Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

    Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
    Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

    Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
    Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

    Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
    Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

    Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
    Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

    Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
    Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

    Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
    Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

    Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
    Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

    ReplyDelete
  2. one pablo lesung pipitJuly 13, 2010 at 12:43 AM

    boi aku rindu masa kita berkongsi senyuman ketika melalui masa bersama yang ingin kuulangi saat itu sahabat ku aku amat merinduimugambar tu kenangan ketika disurau kbn bukan?

    ReplyDelete
  3. Ya wan..... Aku pun rindu juga kenangan bersama dulu...

    ReplyDelete