Saturday, September 12, 2009

LAHAD DATU KE SEMPORNA

Apa khabar pengikut blog saya? (Cheh! Perasan! Pengikut blog konon! Ada ke pengikut blog saya?) Sekarang saya di Semporna menjalankan program Kecemerlangan Pendidikan. Sepatutnya saya berada di LAhad Datu untuk program yang sama. Tapi, oleh kerana program di LD ditunda secara tiba-tiba, maka saya terus ke Semporna.

Semalam saya bertemu dengan rakan saya di lokasi program, Abg Ahmad Yani (Seorang guru di Semporna dan juga seorang blogger). Lama juga kami bercerita. Bercerita tentang nasib, kerjaya, sikap orang lain dan mengungkit sejarah lama-lama. Teringin juga nak jumpa rakan satu orang, Abang Rahim (Dr. Tarapuly).

Seronk juga bercerita sambil makan ikan bakar Terubuk... Bakar sendiri woooo!!! Fresh dan murah!!!

No comments:

Post a Comment