Saturday, March 7, 2009

Program Ceramah di Kota Belud

Hari ini 7 Mac 2009 saya ada program ceramah dua tempat di Kota Belud. Pertama di SK Peladok dan satu lagi di Kg Pirasan.

Program di SK Peladok adalah program PIBGnya. Dibuat di rumah sahabat saya, usahawan tani, Lamjari Sh Tawang. Ramai juga ibubapa yang datang. Lama juga saya tak berceramah secara open, maksudnya tanpa alat bantuan seperti LCD. Seronok juga. Teringat zaman dulu-dulu.

Program di Kg Pirasan pulak adalah program kepimpinan masyarakat kampung di sana anjuran UMNO. Pun sama juga, saya berceramah secara lama, tanpa alat bantuan. Selalunya saya akan guna LCD dan dibantu dengan lagu-lagu yang boleh menaikkan semangat. Ceramah saya kali ini singkat sahaja.. dalam 30 monit sahaja... sebab masa agak singkat diberikan pada saya. Tapi, alhamdulillah, mesej kepimpinan saya sampai. Antaranya mengenai politik wang, amanah, kedudukan ekonomi kita dan lain-lain lagi.

Terima kasih kedua-dua pihak penganjur. Seronok bila anda suka dengar ceramah saya. Hehehehe... Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment