Monday, July 19, 2010

Kecil Tapi Besar


Apa khabar pengunjung setia blog saya? Maaf, telah lama tidak update blog saya ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Bukan sibuk apa, sibuk pindah rumah.

Topik kali ni, "Kecil Tapi Besar". Apa ya? Bikin konpius juga ini tajuk. Kadang-kadang orang akan sebut BIKIN PANAS. Pada pandangan anda apa yang mungkin ingin disampaikan dalam topik ni? Hah!!! Berhenti kejap membaca... Cuba fikirkan!!! Apa ya? Radio? Ya.. Ianya kecil tapi suaranya besar.

Sebenarnya apa yang saya ingin sampaikan adalah PERUBAHAN. Buatlah perubahan atau perbezaan kecil, pasti akan memberikan kesan yang amat besar.

Selama ini, anak-anak mungkin tak pernah salam ayah atau ibu sebelum ke sekolah. Cuba buat sedikit perbezaan, hari ini cuba senyum dan ucapkan "Saya pergi dulu ya mak, ayah". Pasti berbunga hati ibu atau ayah. Esok, buat lagi sedikit perbezaan, cuba salam tangan ayah dan ibu. Pasti akan makin hairan si ibu dan ayah. Dan, mungkin mereka berkata, "Ish.. Buang tabiat anak aku ni. Kenapa ubah tabiat ni? Mau mati agaknya anak aku ni?" Itu yang selalu difikiran kita kalau ada perubahan tabiat pada seseorang.. Mungkin akan mati.

Saya berikan contoh yang selalu saya gunakan semasa saya ceramah di mana-mana. Bayangkan satu pertandingan lumba lari 100 meter. Tempat pertama akan menerima hadiah RM500,000. Kedua akan menerima RM 100,000. Dan, ketiga akan menerima RM25,000.00 sahaja. Maka, bermulalah larian dan keputusan pun dicapai. Tempat ketiga mencatat masa 9.05 saat. Kedua 9.04 saat. Dan Johan mencatat masa 9.03 saat. Dari segi perbezaan masa, berapakah beza catatan masa mereka. Johan dan kedua, bezanya cuma 0.01 saat. Johan dan ketiga bezanya 0.02 saat. Beza ini tidak dapat dikira dengan menggunakan jam biasa di tangan kita. Tapi, hakikatnya, apa yang diperolehi oleh pelari yang mendapat tempat pertama hasilnya agak besar berbanding dengan kedua dan ketiga. Beza masa 0.01 saat, tapi beza hadiah yang diperolehi besar iaitu 400,000 berbanding pelari di tempat kedua. Dan 475,000 berbanding pelari di tempat ketiga.

Inilah yang saya maksudkan, dengan membuat sedikit perbezaan, pasti akan membawa kesan yang begitu besar. Untuk berubah terus memang payah. Cuba buat perbezaan yang sedikit demi sedikit tapi berterusan. Pasti akan JUARA....

No comments:

Post a Comment