Monday, April 11, 2011

Hidup ini lebih baik




Mungkin ramai juga yang beranggapan bahawa dirinya sering berada dalam kesusahan dan kerugian. Mmm... Adakah kita tergolong antara mereka yang disebut dalam surah Al- Asr yang menyebut tentang orang yang rugi? Harapnya, tidak. Allah menyebut bahawa yang tidak rugi itu adalah orang yang beriman, dan beramal soleh bukan salah. Serta, mereka yang memperingati antara satu sama lain di atas kebenaran, biarpun pahit. Dan juga, dalam kita ingin mengukuhkan iman, meneruskan amalan soleh dan memperingatkan orang lain, kita perlu bersabar. Jika itu dibuat, insya Allah, tidaklah tersenarai antara yang rugi.

Kadang- kadang kita mengeluh kerana masalah yang mendatang. Tetapi, bila dilihat keadaan sekeliling dan berkongsi cerita dengan orang lain, mungkin kita akan mendapati, alangkah baiknya hidup ini.... Kerana mendapati orang lain lebih dahsyat cabaran hidupnya berbanding kita.

Nah, ingatlah bahawa Allah tidak membebankan ke atas bahu seseorang itu sesuatu yang dia tidak tertanggung.

Apa- apa pun, yakin jak kau....

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, April 9, 2011

Nilai Cinta Mu










Terdapat empat situasi cinta:

1. Cinta dan peduli
Cinta ini adalah cinta yang hebat. Mencintai dan mempedulikan orang yang dicintai.

2. Cinta dan tak peduli
Ada juga yang cinta, tapi dia tak pedulikan orang yang dicintainya itu. Dia masih sayang, dan dia rasa cukup setakat itu. Tetapi orang yang disayanginya tidak merasakan dipeduli atau diambil tahu. Kalau outstation, tak pernah nak telefon.

3. Tidak cinta, tapi peduli
Ada pula yang tidak mencintai, tetapi mempedulikannya. Ini lebih kepada kasihan. Contohnya, kita tak sayang pun orang miskin itu, tetapi, kita ambil peduli tentang makannya dan pakaiannya. Kita hulurkan bantuan.
Dan juga, perasaan cinta sudah tidak ada. Tidak sayang lagi pada pasangannya, tetapi masih ambil peduli. Cukup makan, cukup pakai. Sudahlah....

4. Tidak cinta, tidak peduli.
Ini dahsyat. Ini telah sampai ke tahap benci.

Yang mana satu anda?


- Posted using BlogPress from my iPad


Thursday, April 7, 2011

Baik baik buruk buruk







Tertarik dengan satu artikel dalam iluvislam mengenai GIGO. Pada awalnya saya ingat dia bercerita tentang kisah gigolo. Rupanya jauh tersasar.

GIGO itu satu singkatan untuk Garbage in garbage out. Masuk sampah keluar sampah. Ia menceritakan kalau kita mengamalkan perkara yang buruk, maka akan buruklah hasilnya. Makan haram, haramlah jadinya.

Luqman al Hakim berkata 'aku mendidik anakku 20 tahun sebelum kelahirannya'. Apa maksudnya ini? Ia sebenarnya ingin memberikan satu misalan bahawa untuk mendapat anak yang baik, ia perlu bermula sejak kita boleh dipertanggungjawabkan atas tingkah laku kita. Contohnya, dari pemilihan jodoh, tabiat kita sebelum kahwin, makanan sebelum kahwin dan lain- lain lagi. Apatah lagi kalau anak sudah dalam kandungan.

Ketika bayi lahir, amatlah wajib untuk kita terus memberikannya minuman yang halal, contohnya susu ibu. Halalkah susu ibu itu? Insya Allah halal selagi si ibu memakan makanan yag halal dari sumber yang halal selama ini. Rasanya faham lah tu kan...

Ok lah, cukup dulu kali ini. Kalau ada bahan menarik lai, akan saya kongsikan..tetapi tidaklah copy and paste. Saya akan ceritakan semula dalam konteks pemahaman saya.



- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Ranau,Malaysia

Sunday, April 3, 2011

Kerjaya




Hakikatnya adalah kerjaya bukan hanya untuk mencari makan. Tetapi, ianya adalah ruang untuk individu bagi menyatakan bakat, kebolehan dan kemahiran yang dimiliknya. Ianya adalah satu transformasi personaliti kepada hasil kerja yang akhirnya memberikanya faedah untuk makan.

Maka, pemilihan kerjaya amatlah penting untuk mencapai kepuasan peribadi dan kerjaya yang optimum.


- Posted using BlogPress from my iPad