Friday, May 22, 2009

Mensyukuri Kedudukan Sekarang


Baru-baru ini saya mengendalikan satu kursus khas untuk penjawat awam. Rata-rata peserta dalam kumpulan saya adalah daripada kumpulan sokongan. Seronok bersama mereka.

Saya bertanyakan kepada mereka tentang kejayaan paling besar dalam kehidupan mereka. Pada awalnya, agak sukar untuk mereka fikirkan. "Apa ya kejayaan aku? Macam tiada jak? SPM gagal...". Itulah antara bisikan mereka. Namun setelah seketika, mereka seperti tersenyum sebagai tanda menemui jawapan kepada persoalan saya itu. Kesemua 16 ahli kumpulan saya mengatakan mendapat tempat atau kerja di jabatan kerajaan merupakan satu kejayaan yang paling besar dan bermakna dalam diri mereka.

Ada yang pernah dihalau dari rumah hanya kerana belum mempunyai kerjaya tetap. Ada pula terpaksa meminta-meminta pertolongan orang lain ketika isteri melahirkan anak. Dan macam-macam lagi cerita sejarah kehidupan mereka sebelum mempunyai kerjaya sekarang.

Mereka nampaknya amat bersyukur dan menikmati kehidupan sekarang. Ada yang menitiskan air mata biarpun bergelar sebagai lelaki.

Bagaimana dengan kita? Adakah kita mensyukuri apa yang kita miliki hari ini?

Tersentuh dengan soalan yang saya ajukan sendiri. Dahulunya saya mempunyai pekerjaan bersama jabatan kerajaan dan kemudiannya meletakkan jawatan hanya semata-mata mahu bergelar usahawan. Adakah saya tergolong antara yang tidak bersyukur? Wallahu a'lam.

Pernah sekali saya dan isteri bertemu kawannya, seorang pengusaha restoran. Baginya, bersyukur bukan setakat mengucap Alhamdulillah dan berdoa. Namun, bersyukur baginya adalah setiap rezeki yang diperolehinya mestilah sebahagiannya membantu orang yang memerlukan. Pernah sekali ketika makan di restorannya, datang seorang gila yang tak berpakaian. Orang ramai hanya memerhatikannya. Dia pula mengarahkan pekerjanya menyediakan makanan untuk orang gila itu. Katanya, "Kesian bah dia tu. Tidak juga aku rugi. Tapi, sekali aku bagi makan, aku perasan, orang semakin ramai datang ke restoran selepas itu."

Fikir kan....

Saturday, May 16, 2009

Apa Faedah Anda Dilahirkan Ke Dunia?


Salam pertemuan,

Hai, selamat berjumpa semula. Alhamdulillah, blog saya sudah mendapat perhatian. Ini menandakan saya terpaksa sibuk untuk mengupdate blog saya. Kalau tidak... MALUNYE... Nanti orang kata, "Tak guna berblog kalau tak update!"

Saya kini sedang mengendalikan kursus motivasi dan pengukuhan pasukan salah satu jabatan kerajaan di Sabah bermula semalam 15/5 hingga 17/5/2009 di Beringgis Resort Papar Sabah. Alhamdulilla, syarikat training saya pun kini sudah mula mendapat perhatian di Sabah. Itulah rezeki namanya... Dulu saya dikatakan BODOH kerana meninggalkan kerja tetap saya dengan gaji yang agak lumayan... Saya berpegang pada satu prinsip, rezeki itu bukan daripada manusia, tapi daripada Pemilik Rezeki itu.. Allah Maha Pemberi. Insya Allah, kalau kita bekerja... akan ada hasilnya.

Paa pengikut blog saya, soalan yang saya nak ajukan, apakah faedah kita secara peribadi dilahirkan di dunia ini?? Ada faedah kah kita di dunia ini?? Ada faedah ke kita dalam keluarga kita? Ada faedahkah kita sebagai suami kepada isteri kita? Anak-anak kita? Rakan-rakan kita? Jabatan kita? Bisnes kita? Masyarakat kampung kita? Agama kita?

Jawablah soalan ini secara peribadi... Fikirkan!!! Benarkah kita ni mendatangkan faedah kepada orang lain... Atau, kita ni cuma mendatangkan masalah kepada orang lain? Fikirkan... Yakin jak kau!!!!

Jangan biarkan diri kita tidak berfaedah kepada yang lain...

Senyum....

Tuesday, May 12, 2009

Aktiviti Yang Boleh DIselikan Dalam Perkhemahan Ko-Kurikulum




Baru-baru ni saya dihubungi kawan saya untuk mendapatkan pandangan mengenai apakah yang boleh diisi dalam program perkhemahan ko-kurikulum. Saya bukanlah yang arif tentang ini. Tapi, bolehlah saya berikan cadangan.

Pertama, jadikan ianya seperti aktiviti team building. Menjadikan pasukan mereka menjadi lebih erat dan kuat. Dan, kemudian, satukan antara semua persatuan itu kerana mereka memegang satu nama sekolah... Walaupun mereka bersaing, namun jangan lupa bahawa mereka semua adalah berasal dari satu sekolah yang sama.

Kedua, selitkan aktiviti kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap peranan membantu sekolah untuk mengurangkan masalah disiplin. Melalui aktiviti ko-kurikulum inilah juga dapat diselitkan tentang hasrat menjadikan persekitaran sekolah yang aman.

Ketiga, motivasi diri. Pelajar yang terlibat dalam ko-kurikulum mempunyai daya kepimpinan yang hebat. Di samping itu, pelajar juga harus mempunyai daya motivasi diri yang hebat, Mampu membimbing diri dan rakan yang lain.

Keempat, Bimbing Diri, Bimbing Rakan. Bentuklah diri untuk membimbing rakanyang lain.

Aktiviti yang lain bolehlah dibuat kembara kemasyarakatan. HAntar mereka ke sebuah kampung, mintalah mereka buat aktiviti masyarakat di sana.

Okeylah sahabatku, rasanya cukup lah ini... Ada lagi... Tapi, masih tak keluar dari IQ ini...

Saturday, May 9, 2009

Pandangan Tentang Diri Sendiri


Apa khabar kepada pengikut blog saya? Kalau ada pengikut. Saya doakan semuanya hebat dan sejahtera.

Ingin melihat dan menilai diri?

Cuba petua ini. Lukis potret diri di kertas A4. Cuba lukis sedaya upaya supaya wajah anda mirip dengan lukisan tersebut. Kemudian, cuba tuliskan diruangan kosong kertas tersebut APA PANDANGAN ANDA TENTANG DIRI ANDA? Tulislah seberapa banyak yang boleh.

Selepas itu, cuba bacakan pada diri. Kalau boleh ada seseorang yang mendengar apa yang anda baca. Kemudian, cuba ingat apa yang pernah dikatakan oleh orang lain tentang diri anda.

Mungkin, ini boleh membantu anda menilai diri.

Tuesday, May 5, 2009

Kesenangan Tak Kekal

Maha Suci Allah

Lagu Kelungggung



Ada yang tahu makna lagu Dusun Sheikh Nazrey Johani ini?

Kelungung ako nogi da..a…
Do sumuwab nogoi romkot
Id hilo disan do nuluhon
Id hilo id koiyonon nu

Mulong o..sodu oku hiti
Nga auo oombal kooling dika
Om ilo nogi o..tanda
Hiti suang diti ginawo ku
Do aiso suai tulun kopusan

Korongow ko nopo ti sinding ku
Od hinonggoh ko nopo poingiyon
Osodu toi ko osomok
Poimpasi toi ko nokohibok

Roti o.. noti ginawo ku
Iikoyu no tempinai
Kaupusan ku….

Nga koroyon ku pom kuroyon
Au no dih miloh do boroson
Nung mihad oku podi da,,ah
Osodu...oku nodi hiti

Ko uli oku do bo suai tadau

Lagu: Abiefanisya
Lirik: Abiefanisya
Hakcipta: Inteam Records Sdn Bhd

Monday, May 4, 2009

KUASA SENTUHAN

Tetiba tertanya di benak ini, kenapa anak-anak ataupun yang tersayang terasa semakin jauh hubungannya dengan kita?

Pada saat itu juga aku terjumpa... mungkin juga jawapan... Sentuhan. Apa kaitan sentuhan dalam hal ini?

Semasa anak kita masih baby, terasa amat rapat anak ini dengan kita.. kerana apa... kerana kita sentuh dia. Lama-kelamaan, anak ini semakin dewasa, sentuhan sayang itu semakin kurang. Sentuhan seorang ibu dan ayah terhadap anaknya seakan-akan sudah tiada... Mungkin, saya beranggapan, kurangnya sentuhan ini membuatkan anak-anak sudah tidak dengar kata dan tidak sayang kita.

Kenapa isteri atau suami semakin jauh dari diri anda???? Mungkin kerana sudah kurangnya sentuhan.. Hehehe.. Berfikirlah secara maksima...

MAJLIS PERKAHWINAN SEPUPU

Inssya Allah, pada 24 Mei ini, akan diijabkabulkanlah sepupu saya Suhaimi bin Matwali dengan pilihan hatinya.. emmm.. alamak.. tidak tahu namanya pulak ni. Beliau akan dinikahkan di Pulau Labuan, kg. Kilan.

Selepas itu, pada 31 Mei, waktu orang lain ARAMAI TIH, majlis persandingan di kampung Benoni akan diadakan. Sesiapa yang mengenali saya, anggaplah saya menjemput anda. Datang lah ye...

Tapi, dilema saya.. Saya pulak akan bertugas pada 31 Mei tu... ada majlis pelancaran Alumni UIAM (Sabah).... Uwaaaa... Macam mana yeee??? DUa-dua penting...

Hah!!! Mudah dicakap, payah dibuat.. Membuat keputusan...

Fikir-fikirkan...