Friday, July 23, 2010

Lama Lagikah PMR, SPM dan STPM?



Kedua-dua gambar ini tiada kaitan dengan program yang disebut. Ini adalah 2 trainer utama Program i-JUARA

Inilah soalan yang saya ajukan dalam 2 siri ceramah saya dalam program i-JUARA di dua buah sekolah dalam 2 minggu ni iaitu di SMK Ranau dan SMK Arshad Sabah. Bila saya tanya soalan itu ada 2 jawapan: Lama lagi dan tidak!!!! Berapa bulan lagi exam? "4 bulan", jawab mereka. Wah!!! Lama lagi kan? "Yaaaa....!!!!" Mungkin jawapan untuk senangkan hati bahawa exam lama lagi, sebab belum bersedia.

Lama lagi kah exam tu? Cukupkah masa untuk study. Jom kita buat kira-kira.

Hari yang tinggal untuk exam = 4 bulan = 120 hari.

Berapa subjek yang diambil? = katakanlah 9

Berapa topik yang ada untuk semua subjek = Katakan 1 subjek ada 20 topik. Maksudnya keseluruhan topik yang anda perlu belajar adalah 180 subjek.

Jadi, ada berapa banyak masa lagi yang anda ada?

Hehehehehe..... (Ketawa jahat)

Jom kira = 120 hari / 180 topik = 0.66 = 0.7 hari

Maksudnya, anda ada cuma 0.7 hari atau 1 hari sahaja untuk anda belajar satu topik. Wah!!!! Cukup ke masa yang anda ada?

Ketika ini, jangan terlalu kira berapa banyak masa yang anda ada, tapi, tanya bagaimana anda gunakan masa yang tinggal ini dengan penuh berkualiti.

Tanya diri dan YAKIN JAK KAU!!!!

Monday, July 19, 2010

Kecil Tapi Besar


Apa khabar pengunjung setia blog saya? Maaf, telah lama tidak update blog saya ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Bukan sibuk apa, sibuk pindah rumah.

Topik kali ni, "Kecil Tapi Besar". Apa ya? Bikin konpius juga ini tajuk. Kadang-kadang orang akan sebut BIKIN PANAS. Pada pandangan anda apa yang mungkin ingin disampaikan dalam topik ni? Hah!!! Berhenti kejap membaca... Cuba fikirkan!!! Apa ya? Radio? Ya.. Ianya kecil tapi suaranya besar.

Sebenarnya apa yang saya ingin sampaikan adalah PERUBAHAN. Buatlah perubahan atau perbezaan kecil, pasti akan memberikan kesan yang amat besar.

Selama ini, anak-anak mungkin tak pernah salam ayah atau ibu sebelum ke sekolah. Cuba buat sedikit perbezaan, hari ini cuba senyum dan ucapkan "Saya pergi dulu ya mak, ayah". Pasti berbunga hati ibu atau ayah. Esok, buat lagi sedikit perbezaan, cuba salam tangan ayah dan ibu. Pasti akan makin hairan si ibu dan ayah. Dan, mungkin mereka berkata, "Ish.. Buang tabiat anak aku ni. Kenapa ubah tabiat ni? Mau mati agaknya anak aku ni?" Itu yang selalu difikiran kita kalau ada perubahan tabiat pada seseorang.. Mungkin akan mati.

Saya berikan contoh yang selalu saya gunakan semasa saya ceramah di mana-mana. Bayangkan satu pertandingan lumba lari 100 meter. Tempat pertama akan menerima hadiah RM500,000. Kedua akan menerima RM 100,000. Dan, ketiga akan menerima RM25,000.00 sahaja. Maka, bermulalah larian dan keputusan pun dicapai. Tempat ketiga mencatat masa 9.05 saat. Kedua 9.04 saat. Dan Johan mencatat masa 9.03 saat. Dari segi perbezaan masa, berapakah beza catatan masa mereka. Johan dan kedua, bezanya cuma 0.01 saat. Johan dan ketiga bezanya 0.02 saat. Beza ini tidak dapat dikira dengan menggunakan jam biasa di tangan kita. Tapi, hakikatnya, apa yang diperolehi oleh pelari yang mendapat tempat pertama hasilnya agak besar berbanding dengan kedua dan ketiga. Beza masa 0.01 saat, tapi beza hadiah yang diperolehi besar iaitu 400,000 berbanding pelari di tempat kedua. Dan 475,000 berbanding pelari di tempat ketiga.

Inilah yang saya maksudkan, dengan membuat sedikit perbezaan, pasti akan membawa kesan yang begitu besar. Untuk berubah terus memang payah. Cuba buat perbezaan yang sedikit demi sedikit tapi berterusan. Pasti akan JUARA....