Thursday, March 12, 2009

Perjalanan Ke Kuching


Hari ni saya akan ke Kuching utk jalankan satu program. Flight petang dalam jam 4.00 ptg. Sebelum tu, saya berurusan dulu di KK. Tolong isteri pergi bank dan ambil Aiman (anak pertama) di sekolah. Sekarang tengah layan dia makan KFC di Karamunsing. Macam2 karenah dia ni.... Hapy juga dia makan KFC bersama ibu dan bapanya....

Kalau ikutkan hari ni banyak urusan saya. Tapi, saya cuba minimakan dan kebelakangkan dahulu hajat hati tu.....

(Aiman kini mengkuti pra-sekolah di SK Kolombong.)
Gambar i hari pertama dia ke sekolah tengah beratur ke kelas....

Wednesday, March 11, 2009

Program Di Kuching

Insya Allah, 12 Mac 2009, saya akan ke Kuching untuk menjalankan satu program Team Building untuk warga kerja FINAS cawangan Sarawak. Saya di jemput oleh rakan saya E Fuad untuk bersama-sama mengendalikan program ini.

Mudah-mudahan program tersebut akan menemui kejayaannya.

Saturday, March 7, 2009

Program Ceramah di Kota Belud

Hari ini 7 Mac 2009 saya ada program ceramah dua tempat di Kota Belud. Pertama di SK Peladok dan satu lagi di Kg Pirasan.

Program di SK Peladok adalah program PIBGnya. Dibuat di rumah sahabat saya, usahawan tani, Lamjari Sh Tawang. Ramai juga ibubapa yang datang. Lama juga saya tak berceramah secara open, maksudnya tanpa alat bantuan seperti LCD. Seronok juga. Teringat zaman dulu-dulu.

Program di Kg Pirasan pulak adalah program kepimpinan masyarakat kampung di sana anjuran UMNO. Pun sama juga, saya berceramah secara lama, tanpa alat bantuan. Selalunya saya akan guna LCD dan dibantu dengan lagu-lagu yang boleh menaikkan semangat. Ceramah saya kali ini singkat sahaja.. dalam 30 monit sahaja... sebab masa agak singkat diberikan pada saya. Tapi, alhamdulillah, mesej kepimpinan saya sampai. Antaranya mengenai politik wang, amanah, kedudukan ekonomi kita dan lain-lain lagi.

Terima kasih kedua-dua pihak penganjur. Seronok bila anda suka dengar ceramah saya. Hehehehe... Jumpa lagi.

Wednesday, March 4, 2009

Program Motivasi SK Kepayan Kota Kinabalu

Alhamdulillah. Selesai program di SK Kepayan. Saya ceramah 2 slot yang berkaitan SIKAP. Sikap memainkan peranan yang penting dalam menjana kejayaan pelajar.

Program bermula pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi untuk slot/ kumpulan 1. Dan, slot kedua pada jam 11.00 pagi - 12.30 tgh.

Alhamdulillah, pelajar-pelajar SK Kepayan memberikan perhatian ketika saya menyampaikan ceramah. Mudah-mudahan anak-anak berjaya dan menjulangnya suatu hari nanti.

Jeritan, AKU INGIN BERJAYA harus dibuktikan.... Grip the success!!! Argh Argh!!!

Mencari Rezeki lagi


Sekarang jam menunjukkan jam 1.12 psgi. Saya tak tidur lagi. Tengah prepare bahan untuk ceramah pagi nanti jam 8.00 pagi - 12.00 tgh di SK Kepayan. Saya bakal bertemu dengan pelajar2 tahun 6. MEsti seronok berjumpa mereka.

Mudah2an Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk menyampaikan amanah ini.

Sekarang kerja saya.. inlah! Buat kursus. Dulu duduk di pejabat je... sebagai kaunselor. Gaji datang setiap bulan. Skrg ni, kalau tak kerja tak de lah gajinya. Barulah terasa bagaimana susahnya mencari rezeki. Tengok anak-anak dan isteri, semangat mencari lagi kuat.

Dalam mencari rezeki, perlukan rakan seperjuangan yang memahami hati, minda dan perasaan kita. Kena berusaha untuk menentukan sendiri haluan, keputusan dan jumlah hasil pencarian kita... Baru best. Dan, jangan lupa memohon keredhaanNya.

(Gambar: Saya dan Pak Ramly, sahabat sepencarian, ketika dalam speed boat dari Menumbok ke Labuan untuk menganjurkan program keusahawanan)

Sunday, March 1, 2009

Sekitar Program Keusahawanan Berdaya Maju 28 Feb - 1 Mac 2009 - KML LABUAN
















Hari Ke-2 Program Keusahawanan Berdaya Maju



Masuk hari ke-2. Semangat membara untuk meneruskan program dan menyampaikan perkara yang ingin disampaikan dalam proses membangun modal insan.

Har$i ini, program dimulakan dengan Pengenalan kepada Rancangan Perniagaan yang disampaikan oleh bakal doktor Encik Mohd Ridza bin Asrah. Peserta diminta membuat latihan membuat rancangan perniagaan.

Selepas rehat pada jam 10.30 pagi, program diteruskan dengan sesi bertajuk Peningkatan Khidmat Pelanggan. Menarik juga slot ini diisi dengan aktiviti di luar dewan kuliah. Seronok lah dorang dapat gula-gula.

Petangnya pula, disambung lagi Rancangan Perniagaan.

Program ditamatkan dengan ulasan oleh Pak Boi sendiri. Hehehe.... Budak UIA lah katakan!!! Kepada semua peserta program ni, terima kasih atas komitmen anda.. Begitu juga dengan staf KML, hebat!!!!

Mudah-mudahan anda berjaya... Sama-sama kita berjaya.