Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011




Great Impact Resources mengucapkan selamat bertemu dengan tahun baru 2011. Moga akan memberikan lebih semangat dalam mengharungi kehidupan yang makin mencabar ini.


- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, December 27, 2010

Sesekali bercuti







Penat bekerja. Mencari rezeki. Buat program. Ambil satu ruang untuk orang yang paling dekat dengan anda, bercuti. Besar maknanya kalau mereka yang selama ini memberikan sokongan diberikan hadiah "kebersamaan" anda dengan mereka. Tanpa fikir soal kerja soal duit, soal tuntutan dan lain-lain lagi. Kita pun jadi tenang rasanya. Jadi, tutup tahun ini, tahun baru, 02/01/2011 saya dah mula buat program. Ya lah, ini lah punca rezeki saya setakat ini. Kalau dulu, tiap bulan boleh terus ke ATM, pasti ada saja nilainya. Sekarang, tak mencari, duduk saja, pergilah ke ATM, pasti akan tersenyum saja.... Hehehe.... Jom sama-sama jadi hebat!



- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, December 26, 2010

Anak anugerah Allah: Tidak boleh dipertikai.




Apa lagi nak dikata? Anak memang anugerah Allah. Tatkala ada insan yang tidak mendapat anugerah ini, kita terpilih untuk menerima 'hadiah' ini. Maka, laksanakanlah tanggungjawab dan amanah ini. Anugerah yang besar.




- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, December 22, 2010

Kartun




Ku lukis satu bentuk, anak bungsu ku melihat lukisan itu. Lantas dia berkata "itu baby kan bah?"... Aku pun mengiyakan soalannya itu. Gembiranya dia dan dikhabarkan kepada ibunya. "abah lukis Aisar.". Ibunya tersenyum sahaja.


- Posted using BlogPress from my iPad

Terasa berat




Kadang- kadang terasa berat, tapi demi kebaikan terpaksa dilepaskan jua. Pasti ada hikmahnya semua itu. Terasa masih diperlukan, tapi mungkin ada yang lebih memerlukan. Terasa kurang, tetapi mungkin ada yang lebih atau serba kekurangan dengan ketiadaannya. Maka, ku lepaskan sahaja.


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, December 21, 2010

Meneroka diri

Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk memahami diri atau meneroka diri. Ini bagi tujuan muhasabah dan melihat hala tuju kita.

Pernah dengar terapi lukisan? Terapi ini menggunakan warna dan lukisan untuk membantu klien meneroka diri tentang kehidupan, personaliti, perasaan, fobia, trauma dan lain-lain.

Cubalah....







- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, August 19, 2010

Bapa Tidak Adil!!!

Anak sulung saya membantu membersihkan rumah sebelum kami pindah ke rumah ini.

Sebelum berbuka petang tadi, saya mohon agar anak saya benarkan saya tukar stesen tv. Dia kata, "OK". Saya pun tukarlah. Tapi, selepas tu dia kata, "Babah tidak adil". Aik... Kenapa anak aku cakap begitu. Saya pun tanyalah dia kenapa dia kata begitu.

Dia kata, "Saya sudah izin babah tukar stesen tv, tapi babah tidak izinkan saya main basikal di bawah". (Rumah kami ni jenis apartment). Mmmm.... Saya hanya mampu tersenyum dan melihat wajah isteri saya yang juga turut tersenyum.

Apa moralnya di sini? Anak-anak pun mahukan keadilan daripada orang tuanya. Itu je kah moralnya. Ada lagi tu.. Nantilah kita fikir sama-sama...

Sunday, August 1, 2010

APA NAK TULIS?

Salam,

Inilah soalan yang sering bermain di fikiran ketika buka window untuk New Post dalam Blogger ni. Jari kaku, fikiran tak menjana idea. Entah apa nak tulis.

Tapi, terfikir juga nak bagi salam Ogos untuk pembaca blog saya. Ogos ni saya tak banyak program. 4-6 Ogos niada program bersama pelajar-pelajar politeknik seluruh Borneo. Doakan saya berjaya...

Friday, July 23, 2010

Lama Lagikah PMR, SPM dan STPM?



Kedua-dua gambar ini tiada kaitan dengan program yang disebut. Ini adalah 2 trainer utama Program i-JUARA

Inilah soalan yang saya ajukan dalam 2 siri ceramah saya dalam program i-JUARA di dua buah sekolah dalam 2 minggu ni iaitu di SMK Ranau dan SMK Arshad Sabah. Bila saya tanya soalan itu ada 2 jawapan: Lama lagi dan tidak!!!! Berapa bulan lagi exam? "4 bulan", jawab mereka. Wah!!! Lama lagi kan? "Yaaaa....!!!!" Mungkin jawapan untuk senangkan hati bahawa exam lama lagi, sebab belum bersedia.

Lama lagi kah exam tu? Cukupkah masa untuk study. Jom kita buat kira-kira.

Hari yang tinggal untuk exam = 4 bulan = 120 hari.

Berapa subjek yang diambil? = katakanlah 9

Berapa topik yang ada untuk semua subjek = Katakan 1 subjek ada 20 topik. Maksudnya keseluruhan topik yang anda perlu belajar adalah 180 subjek.

Jadi, ada berapa banyak masa lagi yang anda ada?

Hehehehehe..... (Ketawa jahat)

Jom kira = 120 hari / 180 topik = 0.66 = 0.7 hari

Maksudnya, anda ada cuma 0.7 hari atau 1 hari sahaja untuk anda belajar satu topik. Wah!!!! Cukup ke masa yang anda ada?

Ketika ini, jangan terlalu kira berapa banyak masa yang anda ada, tapi, tanya bagaimana anda gunakan masa yang tinggal ini dengan penuh berkualiti.

Tanya diri dan YAKIN JAK KAU!!!!

Monday, July 19, 2010

Kecil Tapi Besar


Apa khabar pengunjung setia blog saya? Maaf, telah lama tidak update blog saya ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Bukan sibuk apa, sibuk pindah rumah.

Topik kali ni, "Kecil Tapi Besar". Apa ya? Bikin konpius juga ini tajuk. Kadang-kadang orang akan sebut BIKIN PANAS. Pada pandangan anda apa yang mungkin ingin disampaikan dalam topik ni? Hah!!! Berhenti kejap membaca... Cuba fikirkan!!! Apa ya? Radio? Ya.. Ianya kecil tapi suaranya besar.

Sebenarnya apa yang saya ingin sampaikan adalah PERUBAHAN. Buatlah perubahan atau perbezaan kecil, pasti akan memberikan kesan yang amat besar.

Selama ini, anak-anak mungkin tak pernah salam ayah atau ibu sebelum ke sekolah. Cuba buat sedikit perbezaan, hari ini cuba senyum dan ucapkan "Saya pergi dulu ya mak, ayah". Pasti berbunga hati ibu atau ayah. Esok, buat lagi sedikit perbezaan, cuba salam tangan ayah dan ibu. Pasti akan makin hairan si ibu dan ayah. Dan, mungkin mereka berkata, "Ish.. Buang tabiat anak aku ni. Kenapa ubah tabiat ni? Mau mati agaknya anak aku ni?" Itu yang selalu difikiran kita kalau ada perubahan tabiat pada seseorang.. Mungkin akan mati.

Saya berikan contoh yang selalu saya gunakan semasa saya ceramah di mana-mana. Bayangkan satu pertandingan lumba lari 100 meter. Tempat pertama akan menerima hadiah RM500,000. Kedua akan menerima RM 100,000. Dan, ketiga akan menerima RM25,000.00 sahaja. Maka, bermulalah larian dan keputusan pun dicapai. Tempat ketiga mencatat masa 9.05 saat. Kedua 9.04 saat. Dan Johan mencatat masa 9.03 saat. Dari segi perbezaan masa, berapakah beza catatan masa mereka. Johan dan kedua, bezanya cuma 0.01 saat. Johan dan ketiga bezanya 0.02 saat. Beza ini tidak dapat dikira dengan menggunakan jam biasa di tangan kita. Tapi, hakikatnya, apa yang diperolehi oleh pelari yang mendapat tempat pertama hasilnya agak besar berbanding dengan kedua dan ketiga. Beza masa 0.01 saat, tapi beza hadiah yang diperolehi besar iaitu 400,000 berbanding pelari di tempat kedua. Dan 475,000 berbanding pelari di tempat ketiga.

Inilah yang saya maksudkan, dengan membuat sedikit perbezaan, pasti akan membawa kesan yang begitu besar. Untuk berubah terus memang payah. Cuba buat perbezaan yang sedikit demi sedikit tapi berterusan. Pasti akan JUARA....

Thursday, June 17, 2010

NILAI SALAM









Teringat dengan tazkirah yang disampaikan oleh sahabat saya iaitu Ustaz Japran dari Kota Belud Sabah yang pernah menyentuh soal salam. Salam ini mempunyai kesan yang besar dalam hubungan, ekonomi, ibadah, rumah tangga, politik, pendidikan dan lain-lain lagi. Salam secara lafaz dan sentuhan suatu gabungan yang memantapkan lagi impak salam itu (selagi tidak melanggar syarak - batasan wanita dan lelaki).

Teringat pesan sahabat-sahabat dulu ketika mempromosikan tabiat memakai tudung dalam kalangan perempuan dan menjauhkan maksiat, agar salam digunakan dalam memulakan apa-apa hubungan komunikasi. Memang mempunyai kesan yang besar.

Dalam program-program yang saya jalankan, perkara utama yang menjadi syarat dalam program saya adalah salam dan peluk rakan. Entahlah... Hairan juga bila melihat beberapa sahabat peserta menitiskan air mata ketika aktiviti ini dijalankan. TERSENTUH katanya... Jadi, selama ini? Tidak tersentuh ke?

Tinkatkan estim diri rakan melalui salam.. Insya Allah.. Pasti berjaya semuanya.... TAKBIR!!!!

Wednesday, June 9, 2010

Tingkatkan Estim Diri Dalam Kalangan Guru

"Saya tahulah subjek saya bukan subjek teras dan penting. Tapi, keputusan pelajar saya cemerlang untuk subjek ni. Tapi, berilah sedikit ucapan tahniah".
"Langsung tidak dipandang aku ni..."
"Apa salah saya?? Buat betul pun tetap dianggap salah"
Dan macam-macam lagi ayat yang terungkap dari mulut rakan-rakat pengajar di sekolah-sekolah. Kenapa terluahnya ayat tersebut? Semuanya sebab masalah penghargaan. Hargailah sahabatmu walaupun sedikit...

Tahniah kepada peserta-peserta Seminar Kecemerlangan Pendidikan anjuran Yayasan Sabah pada 7 Jun 2010 baru-bariu ni. Semuanya sporting..... Ingat!!! Jangan lupa RECHARGE!!!!

Monday, May 24, 2010

IBU KU SAYANG

SMS mama pada hari ini amat menyayat hatiku:
"Hai anak-anak ku sayang. Bila mama bersendirian, di saat aku memerlukan, aku kehilangan. Mama merindui sesuatu. Mama mengenang bila sesuatu kejadian berlaku seperti yang mama alami sekarang, aku memerlukan walau sesaat mendekati mama untuk menghidupkan semangat ku kembali, walaupun satu hari nanti mama bertongkat. Bukan mama nak minta balasan. Bukan mengharap pemberian. Cukup lah buang masa sesaat untuk mama. Walau masa amat bernilai buatmu. Sayang buat mu."

Amat terharu, dan teringin terus sepantas kilat untuk menjamah tangan mama. Adakah derhaka anakmu ini? Adakah sudah hilang sayangku pada mu? Ku harap tidak....

Insya Allah mama. Aku cuba untuk meminimakan masa untuk mengejar cita-cita ku...

Thursday, April 8, 2010

PERLU ADA PERASAAN MALU





Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkanNya.

Terima kasih kepada pelajar-pelajar Tahun 2 Psikologi Kanak-Kanak UMS kerana sudi mengundang Pak Boi dalam Seminar Isu Kanak-Kanak pada 6 April 2010. Saya membentangkan soal emosi kanak-kanak.

Pak Boi ada menyentuh soal MALU. Malu ini amat penting. Tapi, jangan sampai malu yang tak bertempat. Dan, jangan pula tidak malu pada tempat yang salah.

Malu ini serba sedikit dapat mengawal tingkah laku kita di khalayak ramai. Kita berpakaian sopan kerana adanya sifat malu. Kita pergi ke kelas sebab adanya perasaan malu kalau tidak pergi ke kelas. Kita mahu mencapai yang terbaik dalam ujian kerana malu kalau tidak lulus dan dicakap-cakap oleh kawan-kawan dan keluarga. Besar betul peranan malu dalam diri.

Saturday, March 6, 2010

MANA BAH KAMU?


Kisah ni saya ambil ketika membayar belian di kaunter Servay Hypermarket Likas petang tadi (Jumaat, 5/3/2010).

"Sampai hati kamu urang", kata cashier kepada kawan-kawan sekerjanya yang lain. "Mana bah kamu tadi? Kenapa kamu biarkan aku satu orang tadi? Bukan aku mau kamu lawan cakap customer tu. Tapi, masa tu aku rasa keseorangan. Semua orang tengok saya. Tapi, kamu tidak pegi dekat saya. Lemah saya. Sudahlah dia marah melulu. Aku mau nangis ni."

Rupanya sebelum dialog tadi, dia telah dimarahi oleh seorang pelanggan. Dari segi gaya dia bercerita, memang teruk dia kena marah.

Kawan-kawan, rakan sekerja kita perlukan sokongan moral. Sokongan dan sentiasa mewujudkan diri di saat dia perlu adalah salah satu cara meningkatkan semangat dan harga dirinya. Tengok apa yang terjadi? Dia tak dapat nak buat kerja berikutnya dalam keadaan semangat. Padahal selama ini, dia sentiasa tersenyum ikhlas. Namun, selepas kejadian itu, dia tetap senyum tetapi terpaksa sebab kerjanya memerlukan dia senyum.

Tingkatkanlah hara diri rakan kita....

Saturday, February 27, 2010

Role Model


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, kita masih memperingati kelahiran junjungan kita. Tahniah kepada semua muslimin dan muslimat kerana pada 12 Rabiulawal 1431 bersamaan 26 Februari 2010 bibir kita tanpa henti terkumat kamit menyebut selawat ke atas nabi. Tapi adakah hari ini sahaja? Hari-hari jawapannya. Tahniah juga kerana hari-hari bibir itu terkumat kamit menyebut selawat ke atas nabi. Mudah-mudahan kehidupan Rasulullah menjadi ikutan dan amalan kita bersama kerana baginda S.A.W adalah role model dan benchmarking amalan ke syurga kita.

Hari ini di awal pagi ni tiba-tiba Pak Boi teringat akan satu pengalaman paling berharga ketika menunggu giliran nombor dipanggil di TM Sadong Jaya Kota Kinabalu. Biasalah, urusan bayaran dan membayar deposit untuk pemasangan talian telefon baru di opis saya.

Kejadian ini adalah dalam bentuk dialog seorang anak dan ayahnya. Ringkas sahaja, namun Pak Boi mendapat pengajaran paling besar. Ketika itu Pak Boi bersama isteri.

(Dialog dalam irama Sabah) - kalau tidak tahu tengoklah tu Raja Lawak peserta Alex dan Kecik.

Ayah: Nak, kau ini macam inda pandai duduk saja?
(Si ayah bercakap sambil berdiri di tepi meja promosi TM)

Anak: Pandai bah aku duduk. Bapa pun sama juga macam inda pandai duduk. Dari tadi berdiri saja. Ada kerusi tidak mau duduk. Nanti tiada kerusi bapa bising saja. Sakit kakilah.. apa lah...

Ayah terdiam dan tidak terkata apa-apa. Matanya melihat sekeliling untuk memastikan tiada yang mendengar. MALU BAH!!!! Pak Boi buat-buat tidak dengar. Tapi, tersenyum!!!! He he he...

Ini yang Pak Boi nak katakan, sebelum betulkan orang, betulkan diri sendiri. Berhikmah daalam pendekatan. Kalau jadi pemimpin, jadinlah yang THE REAL ONE. Jangan sampai anda dipertikaikan. Jadilah ROLE MODEL yang hebat.

Selamat mencuba tabiat baru....

Monday, February 22, 2010

Pemimpinkah Aku?

Komunikasi antara pemimpin pelajar amat penting


Sikap memberikan sokongan kepada rakan adalah amat perlu dalam mengharungi dunia kepimpinan




Ekspresi dirimu... Market dirimu...


"Aku nak hargai rakan aku..."



Betulkah keputusan aku ni nak jadi pemimpin kolej ni?

Buktikan yang terbaik. Jangan sampai orang pertikaikan kemampuan kita untuk memimpin.





Senyum kepada semua




Saya memang pemimpin. Jangan tanya lagi!!! Sebab jawapannya tetap sama, saya memang pemimpin

PERHATIAN!!!

Kepada peserta Kursus Kepimpinan Kolej UiTM Sabah Siri 1.

Mengenai wajah bertuah, tak sanggup nak bulatkan sebab nanti ada yang kecewa. So, cara nak dapatkan hadiah, bagi komen diruangan ini dan nyatakan apakah kaedah untuk meningkatkan kepimpinan pelajar universiti terutamanya UiTM Sabah. Yang terbaik akan dapat hadiah. Tak perlu panjang macam esei. Point-point je pun boleh....

Monday, February 15, 2010

Aku Mahu Ubah Kamu


Antara bekas pelajar saya di IKM KK yang mahukan perubahan diri sendiri.

"Kau diamlah. Diri aku, aku punya hal lah. Yang kau mau ikut campur, apahal?" Inilah yang mungkin selalu kita terima apabila kita berkata sesuatu agar orang tersebut mengubah dirinya.

Kita sibuk nak ubah orang, namun orang tu pulak tak mahu ubah dirinya. Apa tindakan kita? Ikutkan hati, biar sajalah dia. Buat apa kita nak sibuk.

Kita sibuk buat program nak ubah orang. Tapi, kalau orang dah block dirinya untuk semua perubahan, macam sia-sia sahaja. Orang lain sibuk nak ubah dia, dia sendiri pulak tidak mahu berubah.

Namun hati kita tidak mahu orang tersebut terus dengan sikap lamanya. Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepadanya untuk merubah.

Ingat, kita tak mampu nak ubah manusia, melainkan membuatkannya berfikir dan mengajaknya berubah. Yang penting, tingkatkan harga dirinya dan kita sendiri kena perbaiki diri dahulu.

Apakah nilai SENYUM?


Percaya atau tidak senyum mempunyai kuasa yang besar? Senyum memberikan keuntungan yang besar. Senyum boleh mendatangkan rezeki yang hebat. Senyum boleh menyelamatkan beberapa situasi seperti dimarah bos, bos tak jadi marah.

Saya pernah mendengar satu kisah tentang sebuah restoran yang terpaksa 'gulung tikar' disebabkan senyum. Pada awal pembukaan, restoran tersebut telah mendatangkan keuntungan yang besar. Kerana apa? Kerana makanan yang sedap ditambah dengan taukeh restoran yang selalu senyum.

Kebiasaannya yang duduk di kaunter adalah taukeh restoran tersebut. Entah, macam mana, nak dijadikan cerita, yang jaga kaunter bertukar; isteri taukeh tersebut. Dari saat itu, perniagaannya mula goyang. Kerana apa? Kerana isterinya tidak senyum. Taukeh asal sibuk dengan pembukaan restoran baru di cawangan yang lain. Bukan cuma tidak senyum, kadang-kadang dia memarahi pelanggan atas permintaan yang macam-macam.

Sedikit demi sedikit pelanggan tetap restoran tersebut berkurangan. 'Iklan' mulut ke mulut pun bermula. Pelanggan mula memperkatakan perkara yang disebutkan tadi. "Restoran tu memang sedap masakannya, cuma yang jaga di kaunter tu, mungkin isteri taukeh tu, muka semacam je.. Tak payah pergi sana lah. Aku sumpah tak nak masuk lagi".

Akibatnya, restoran tersebut menjadi sunyi. Sehari pelanggan yang masuk kadang-kadang cuma 5 - 10 orang. Akhirnya, TUTUP restoran tersebut.

Senyum, membahagiakan. Dengan senyuman terjalinlah ikatan.

Tingkatkan harga diri dengan senyum.

Friday, February 12, 2010

Ingin Mengukuhkan Hubungan Sesama Manusia?

Kita pada hakikatnya adalah social being. Kita tidak berseorangan. Kita bermula dengan pasangan ibu dan ayah. Kemudian, mungkin disusuli oleh adik beradik. Dan, terbentuklah 'masyarakat' dalam keluarga kita.

Di luar rumah, kita akan bertemu dengan masyarakat yang lebih besar. Dan, cabarannya menjadi lebih besar.

Di tempat kerja, kita berhadapan dengan bos dan rakan sekerja. Kalau diberikan 1 hingga 5 sebagai ukuran, apakah tahap hubungan anda dengan bos dan dengan rakan sekerja? Puas hati?

Setiap insan mempunya dua hala tuju hubungan: horizontal dan vertikal.

Untuk menjadikan hubungan horizontal mantap, vertikal kena hebat terlebih dahulu. Namun, untuk menjadikan vertikal hebat, horizontal kena kukuh dulu.

"Sekiranya kau mempunyai hubungan baik dengan Allah, nescaya akan baik hubungan dengan insan."

Ibadah kepada Allah mesti kuat.... IBADAH??? Kena sembahyang selalu ke???? Hehehehe.. Inilah erti ibadah yang sempit. KEseluruhan hidup kita adalah ibadah.

Perbaiki ibadah, insya Allah, baiklah hubungan sesama manusia.......

Senyum selalu.

UPCOMING EVENT

Motivasi Peningkatan Profesionalisme

Siri 2 & 3

31 Mac 2010

Siri 2:
Kompleks Tabung Haji, Sembulan KK
8.00 pagi - 4.30 ptg

Sri 3:
Puri Pujangga UKM, Bangi
8.30 pagi - 5.00 petang

Berminat?

Yuran RM450.00 seorang
Sila hubungi 019-8615047 (Pak Boi)

Iklan akan diupload nanti....